Catatan Harian Menantu Sinting
Catatan Harian Menantu Sinting merupakan sebuah filem drama komedi Indonesia 2024 yang diarahkan oleh Sunil Soraya berdasarkan novel bertajuk sama karya Rosi L. Simamora. Filem terbitan Soraya Intercine Films ini dibintangi oleh Ariel Tatum dan Raditya Dika. Catatan Harian Menantu Sinting ditayangkan di pawagam pada 18 Julai 2024.[1]
Catatan Harian Menantu Sinting | |
---|---|
Pengarah | Sunil Soraya |
Lakon layar | Donna Rosamayna |
Berdasarkan | Catatan Harian Menantu Sinting oleh Rosi L. Simamora |
Dihasilkan oleh | Sunil Soraya |
Dibintangi | |
Sinematografi | Yudi Datau |
Disunting oleh | Sastha Sunu |
Muzik oleh | Andhika Triyadi |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia Batak |
Pecah panggung | IDR 29.2 bilion |
Plot
suntingFilem ini mengisahkan masalah pasangan baru Sahat (Raditya Dika) dan Minar (Ariel Tatum). Selepas berkahwin, mereka tinggal bersama keluarga mentua (Lina Marpaung). Mereka menjalani hari dengan penuh cinta dan kasih sayang. Namun sayangnya, hari-hari bahagia mereka perlahan-lahan mula diuji. Sahat dan Minar yang tinggal di rumah ibu bapa mereka bertungkus-lumus melepaskan diri daripada keadaan ini. Lebih-lebih lagi, ibu Sahat tidak membenarkan Sahat dan Minar berpindah rumah sebelum dikurniakan seorang cucu.