Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak diguna pakai secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak adalah kegunaan harian, di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.

View of Delft dalam cat minyak, oleh Johannes Vermeer.

Sejarah

sunting

Ciri-ciri lambat kering bagi minyak organik diketahui secara meluas oleh pelukis awal. Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan dan menggunakan bahan ini menjadikan ia jarang digunakan. Bagaimanapun, apabila kecenderungan umum bagi realism meningkat, warna tempera kekurangan. Artis Flemish menggabungkan lukisan tempera dan oil sekitar 1400-an, tetapi menjelang 1600s lukisan easel dalam cat minyak sepenuhnya menjadi biasa, menggunakan teknik dan bahan yang sama seperti hari ini.