Tukang Nusa Tenggara (burung)
(Dilencongkan daripada Caprimulgus meesi)
Tukang Nusa Tenggara (Caprimulgus meesi) atau tukang Mees, ialah ahli keluarga tukang (Caprimulgidae) yang diperihalkan sebagai spesies baharu dalam sains pada tahun 2004.
Tukang Nusa Tenggara | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Caprimulgus |
Spesies: | C. meesi
|
Nama binomial | |
Caprimulgus meesi |
Ia merupakan wakil rumitan tukang kubur yang terdapat di Flores dan Sumba, Indonesia. Sebelum ini, ia tidak diiktiraf sebagai takson berasingan kerana kekurangan perbezaan morfologi, Sangster dan Rozendaal (2004) memerihalkan spesies baharu tersebut berdasarkan penyuaraannya, yang berbeza dengan ketara berbanding kaum tukang kubur yang tinggal di pulau lain di Nusa Tenggara.
Nama silihannya ialah sempena Gerlof Mees, bekas kurator Muzium Sejarah Alam, Leiden.
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2016). "Caprimulgus meesi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22732941A95052248. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22732941A95052248.en. Dicapai pada 11 November 2021.
- Sangster, G. and F. Rozendaal (2004) Territorial songs and species-level taxonomy of nightjars of the Caprimulgus macrurus complex, with the description of a new species. Zoologische Verhandelingen (Leiden) Vol. 350 pp. 7–45 PDF