Capra ialah sebuah genus mamalia, iaitu rumpun kambing yang terdiri daripada spepuluh spesies, termasuk kambing liar, markhor, dan beberapa spesies yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing bela jinak (Capra hircus) merupakan spesies bela jinak yang berasal daripada kambing gurun bezoar (Capra aegagrus aegagrus). Pembelajinakan kambing terbukti seawal 8,500 tahun yang lalu.

Capra
Julat zaman: 2.6–0 Ma
Pleistosen - Kini
Kambing gurun Siberia jantan dan betina di Taman Zoologi Berlin
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Tribus: Caprini
Genus: Capra
Linnaeus, 1758
Spesies jenis
Capra hircus
Linnaeus, 1758
Spesies

Rujuk teks.

Anggaran taburan spesies Capra

Kambing liar adalah haiwan yang hidup di kawasan gunung. Ia sangat tangkas dan tahan lasak, mampu memanjat batu gondol serta hidup dengan tumbuh-tumbuhan yang jarang. Ia dibezakan daripada genus Ovis iaitu rumpun biri-biri dengan terdapat kelenjar bau pada telapuk, di dalam groin, dan di hadapan mata, serta ketiadaan kelenjar muka yang lain, janggut yang tumbuh pada yang jantan dan belulang tidak berbulu pada lutut kaki depan.[1]

Kambing Gunung Rocky tergolong dalam genus yang berasingan iaitu Oreamnos.

Spesies dan subspesies kambing

sunting
Imej Nama saintifik Nama umum
  Capra caucasica Tur Kaukasia Barat
  Capra cylindricornis Tur Kaukasia Timur
  Capra falconeri Markhor
  Capra aegagrus Kambing liar
  Capra hircus Kambing bela jinak
  Capra sibirica Kambing gurun Siberia
  Capra pyrenaica Kambing gurun Iberia
  Capra walie Kambing gurun Walia
  Capra ibex Kambing gurun Alp
  Capra nubiana Kambing gurun Nubia

Rujukan

sunting
  1. ^ Parrini, F.; dll. (2009). "Capra ibex (Artiodactyla: Bovidae)". Mammalian Species. 830: 1–12. doi:10.1644/830.1. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)

Pautan luar

sunting