Pahat Ukir (buruj)

(Dilencongkan daripada Caelum)

Pahat Ukir, Pahat, atau Caelum (Cae) ialah sebuah buruj malap di langit selatan, diperkenalkan pada 1750-an oleh Nicolas Louis de Lacaille. Namanya bermaksud "pahat" dalam bahasa Latin, dan buruj ini dahulu dikenali sebagai Caelum Sculptorium ("pahat pengukir"); sepatah kata yang jarang, tidak berkaitan dengan perkataan Latin yang jauh lebih kerap, caelum, "langit".[3]. Buruj ini merupakan buruj kelapan paling kecil, dan mencakup suatu sudut padu sebanyak sekitar 0.038 steradian, sedikit kurang daripada Corona Australis (Mahkota Selatan).

Caelum
Buruj
Caelum
Nama LatinCaelum
SingkatanCae
GenitifCaeli[1]
Sebutan/selum/, genitif /seli/
SimbolismePahat
Pencerapan
(Epok J2000)
04j 19.5m hingga 05j 05.1m[2]
Keserongan−27.02° hingga −48.74°[2]
SukuanSQ1
KeluargaLa Caille
Keluasan125 darjah persegi (ke-81)
Bintang
Bintang utama4
8
Bintang dengan planet
1
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
α Cae (4.45m)
Bintang terhampirHD 30876
(57.86 tc, 17.75 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +40° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Januari.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Oleh sebab saiz kecilnya dan lokasinya yang jauh dari satah Bimasakti, Caelum ialah buruj yang agak tandus, dengan hanya beberapa objek minat. Bintang tercerah buruj ini, Alpha Caeli, hanya bermagnitud 4.45, dan hanya lagi sebuah bintang (Gamma1 Caeli) adalah lebih cerah daripada magnitud 5. Objek ketara lain dalam Caelum ialah RR Caeli, sebuah bintang dedua dengan sebuah planet sejauh hampir-hampir 20.13 parsec (65.7 ly); X Caeli, sebuah bintang berubah Delta Scuti yang membentuk bintang berpasang optik dengan Gamma1 Caeli; dan HE0450-2958, sebuah galaksi Seyfert yang pada mulanya kelihatan hanya seperti jet tanpa galaksi hos yang terlihat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ridpath
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama boundary
  3. ^ Charlton T. Lewis, Ph.D. dan Charles Short, A Latin Dictionary, Akhbar Universiti Oxford, 1879. Entri-entri untuk caelum dan caelum.

Pautan luar

sunting

Templat:Bintang dalam Caelum

Koordinat:   05h 00m 00s, −40° 00′ 00″