Cabak Yukatan (burung)

Cabak Yukatan (Antrostomus badius) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Belize, Guatemala, Meksiko, dan Honduras.[2][3]

Cabak Yukatan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Antrostomus
Spesies:
A. badius
Nama binomial
Antrostomus badius
(Bangs & Peck, 1908)
Sinonim

Caprimulgus badius

Taksonomi dan sistematik

sunting

Selama bertahun-tahun ia dikelaskan dalam genus Caprimulgus tetapi kemudiannya dikembalikan kepada genus asalnya, Antrostomus. Ia dan Antrostomus salvini pernah dianggap sebagai subspesies Antrostomus sericocaudatus. Ia ialah ekajenis.[3][2]

Pemerihalan

sunting

Panjangnya ialah 24 hingga 25.5 cm (9.4 hingga 10 in). Seekor jantan berberat 65.5 g (2.3 oz) dan tiga ekor betina 51.2 hingga 64.3 g (1.8 hingga 2.3 oz). Bahagian atas jantannya perang kelabu. Gombaknya bertompok perang-hitam dan berbintik putih-kelabu, dan bahagian belakang serta punggungnya berbintik-bintik kuning pucat dan lelang serta jalur perang-hitam luas. Ia berelang kuning-perang atau kuning pucat lebar pada tengkuk dan sisi lehernya. Ekornya perang dengan sorot kuning keperangan; tiga pasang bulu paling luarnya berhujung putih lebar dan pasangan paling dalam berbintik perang-kelabu pada hujungnya. Sayapnya perang hingga perang-kelabu dengan tompok dan sorot kuning keperangan. Mukanya kuning keperangan berbintik perang kehitaman. Dagu dan tekaknya perang gelap dengan sorot lelang dan jalur putih sempit di bawah tekaknya. Dadanys perang berbintik-bintik kuning pucat dan lelang, dan perut serta lambungnya perang kehitaman dengan bintik lelang, sorot perang, dan banyak tompok putih. Betinanya mirip seperti jantan tetapi hujung bulu ekor luarnya yang pucat jauh lebih kecil dan kuning pucat, bukan putih.[3]

Taburan dan habitat

sunting

Ia ialah penetap sepanjang tahun di Semenanjung Yukatan dan Cozumel di luar pesisirnya di Meksiko. Ia ialah pelawat bukan membiak di Belize dan barat laut Honduras, dan terdapat beberapa laporan dari utara Guatemala pada musim tersebut juga.[3] Ia mendiami "tanah semak dan semak belukar [dan] pinggir hutan".[4]

Tingkah laku

sunting

Pemakanan

sunting

Ia bersifat malaman. Ia memburu serangga terbang dengan menangkap dari tenggeran dan mungkin juga dari tanah.[3]

Pembiakan

sunting

Musim pembiakannya belum ditentukan. Dua biji telur sesangkak dihasilkan, mungkin terus ke atas tanah tanpa sarang seperti lazim dalam kalangan tukang.[3]

Vokalisasi

sunting

Seruannya ialah "puk rii-u-riiiu atau pk wiiu wii-wiiiu yang kuat dan jelas." Ia dinyanyikan dari tenggeran tersembunyi di semak atau pokok, kebanyakannya dari Februari hingga Ogos. Ia juga membuat "kokok yang keras dan hampa, k-lok k-lok... atau p-tok...."[3]

Status

sunting

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Populasinya dianggarkan sekurang-kurangnya 50,000 individu matang tetapi semakin berkurang. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Yucatan Nightjar Antrostomus badius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 16 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ a b c d e f g Schulenberg, T. S., M. d.
  4. ^ Howell, S.N.G.; Webb, S. (1995). A Guide to the Birds of Mexico and Northern Central America. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0198540120.