CMA CGM Medea
CMA CGM Medea ialah sebuah kapal kontena milik syarikat perkapalan CMA CGM dari Perancis. Ia merupakan antara kapal kontena terbesar di dunia. Kapal ini dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries di Korea Selatan pada tahun 2006.
Sejarah | |
---|---|
Nama: | CMA CGM Medea |
Pengguna: | CMA CGM |
Dilancarkan: | 2006 |
Status: | Dalam perkhidmatan |
Nota: |
|
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal kontena |
Berat (tan): |
|
Panjang: | 350 m (1,150 ka) |
Lunas: | 43 m (141 ka) |
Draft: | 14.5 m (48 ka) |
Jana kuasa: | Enjin Man B&W 12K98MC |
Halaju: |
|
Kapasiti: | 9,415 TEU |
Enjin
suntingEnjin utama CMA CGM Medea ialah Man B&W 12K98MC yang menghasilkan kelajuan biasa pada 23.2 knot, dan kelajuan maksimum sehingga 25.4 knot. Selain itu, kapal ini dipasang dengan 2 penujah haluan dengan kuasa 2,500 kW setiap satu bagi memudahkan pengendalian di pelabuhan.
Alatan anjungan
suntingCMA CGM Medea dilengkapi dengan alatan moden untuk memplot kedudukan kapal. Alatan anjungan seperti GPS, dGPS, AIS dan ARPA, membolehkan kedudukan kapal diplot dengan ketepatan 100 meter. Sistem carta elektronik - ECDIS memplot kedudukan kapal pada carta secara automatik. Maklumat dari AIS, ARPA dan Radar digunakan untuk membolehkan anak kapal memplot kedudukan kapal lain di sekitarnya.