Merak

(Dilencongkan daripada Burung merak)

Merak (disebut [mĕ.rak], Jawi: مرق) adalah nama biasa untuk tiga spesies burung dalam genus-genus Pavo dan Afropavo dari keluarga Phasianidae.[1] Burung-burung ini dikenali kerana penampilan jantan burungnya yang meneriak nyaring serta bulu ekor yang sangat menarik. Ekor yang menarik hanya terdapat pada spesies merak Asiatik, yang mana mempunyai ekor dengan titik-titik mata atau jajaran bulu-bulu yang terlindung yang mana akan dikembangkan semasa hendak mengawan.

Merak
Julat zaman: 3–0 Ma
Pliosen Akhir – kini
Burung merak India jantan mengembangkan ekornya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Pavonini
Spesies

Pavo cristatus
Pavo muticus
Afropavo congensis

Terdapat tiga spesies yang wujud dalam jenis burung bernama demikian termasuk:

Penamaan

sunting

Perkataan merak menyerap daripada suatu bahasa dalam rumpun bahasa Asli yang pada awalnya mengkhusus kepada burung merak hijau (Pavo muticus) sebelum diluaskan maknanya.[2][3]:152-153

Ciri umum

sunting

Saiz dan panjang rentang sayap merak-merak India dan hijau betina lebih kecil berbanding merak jantan, serta merak jantan juga lebih panjang disebabkan oleh ekornya. Ekor merak hijau jantan lebih pendek daripada ekor merak India.[4]

Kedua-dua kepala merak jantan dan betina mempunyai jambul.[5]:291 Jambul merak India mempunyai hujung yang besar.[4]

Kaki kedua-dua merak hijau jantan dan betina mempunyai taji, tetapi merak India jantan sahaja yang ada taji.[5]:290

Bulu-bulu

sunting
 
Telur merak
 
Anak merak

Bulu merak India jantan berwarna hijau dan biru yang berkilat, kebanyakannya hijau dan biru metalik, akan tetapi bagi merak hijau ia mempunyai bulu badan berwarna kuning keemasan atau tembaga dan hijau, sayapnya pula berwarna hitam dengan kilauan biru.

Merak hijau berbeza dengan merak India di mana merak jantan mempunyai bulu berwarna hijau dan emas, serta sayap Tidak seperti merak India, merak Hijau betina serupa dengan merak jantan, tetapi ekor menegak yang lebih pendek, warna tembaga pada leher yang lebih pudar dan kilauan warna yang lebih kurang.

 
Tompok mata pada ekor burung merak jantan

Ekor merak tidak hanya terdiri dari bulu-bulu ekor yang panjang tetapi juga bulu ekor biasa yang mencanak naik. Hujung bulu-bulu panjangnya bertompok yang rupanya seperti bebola mata iaitu ocellus, tanda mata ini terdiri daripada satu tompok berwarna ungu kehitaman dikelilingi satu gelung luar berwarna biru kehijauan yang pendarrona dan satu gelung luar kuning keemasan.[6]:1048 Tanda-tanda ini dapat dilihat dengan jelas apabila merak jantan mengembangkan atau mengipaskan ekornya pada sudut 60° untuk memancarkan bahagian biru tersebut yang menarik perhatian pasangan.[6]:1052–1053. Ekor merak jantan tidak ada tanda mata ini sehingga merak berusia lima atau enam tahun.[4]

Merak Congo jantan biasanya tidak mengembangkan ekornya, tetapi menggunakan ekornya semasa hendak mengawan. Bulu ekornya lebih pendek berbanding merak India dan Hijau. Merak betina bagi spesies India dan Afrika mempunyai bulu kelabu pucat dan/atau perang.

Merak India betina mempunyai gabungan warna bulu kelabu pudar, perang dan hijau. Merak betina juga mengembangkan bulunya untuk mengusir persaingan dari merak betina lain atau memberi isyarat bahaya kepada anak-anaknya.

Video menerangkan ekor merak.

Hubungan dengan manusia

sunting

Penganut Hindu melihat merak sebagai tunggangan dewa perang Subramaniam atau Kartikeya.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Peacock (bird)". Britannica Online Encyclopedia.
  2. ^ Lim, Teckwyn (Jun 2020). "An Aslian origin for the word gibbonm". Lexis. Journal in English Lexicology (dalam bahasa Inggeris) (15). doi:10.4000/lexis.4291. ISSN 1951-6215.
  3. ^ Geoffrey, Benjamin (2012). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: An assessment". Language Documentation and Description. 11: 136–230.
  4. ^ a b c "Peafowl". San Diego Zoo Animals & Plants. Zoo San Diego. 2021. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  5. ^ a b Darwin, Charles (1871). The Descent of Man, and Selection in Relation to Sex. m/s. 290–291 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  6. ^ a b Dakin, Roslyn; Montgomerie, Robert (Jun 2013). "Eye for an eyespot: how iridescent plumage ocelli influence peacock mating success". Behavioral Ecology. 24 (5): 1048–1057. doi:10.1093/beheco/art045.
  7. ^ Clothey, Fred W. (1978). Many Faces of Murakan: The History and Meaning of a South Indian God. Walter De Gruyter Inc. ISBN 978-9027976321.

Pautan luar

sunting

Templat:Phasianidae Templat:Birds in culture