Pucung-Bakau Biasa

(Dilencongkan daripada Burung Pucong Keladi)

Pucung-Bakau Biasa, Burung Puchong Keladi atau Burung Kokokan Air (Indo.;[1] bahasa Inggeris: Striated Heron, Mangrove Heron, ataupun Little Heron) merupakan sejenis burung pucung yang berhijrah dari Utara ke Malaysia. Burung ini ialah haiwan terlindung dan pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Butorides striatus. [2],[3],[4],[1]

Burung Puchong Keladi
Adult of nominate subspecies stretching itself in São Paulo Botanical Gardens.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Ciconiiformes (disputed)
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. striata
Nama binomial
Butorides striata
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Butorides striatus (lapsus)

Ia agak pemalu dan senyap kebanyakan masa. Bewarna kelabu, anak muda bewarna keperangan dan jalur jelas pada dada mereka, kaki mereka bertukar dari kuning kepada kemerahan. Spesies ini adalah spesies pucong yang paling meluas tersebar di Malaysia.

Burung Puchong Keladi suka bersendirian dan menjaga kawasannya, olehitu, ia biasanya terdapat secara bersendirian atau berpasangan sahaja. Ia kebiasaannya senyap tetapi menghasilkan bunyi ke-yow kasar tunggal apabila dikejutkan lalu terbang; biasanya berbunyi kasar kitch-itch-itch; dan kweak..kee-kee-kee yang buat.

Ciri-ciri

sunting

Burung Puchong Keladi ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Puchong Keladi ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Puchong Keladi tidak bergigi.

Jantung Burung Puchong Keladi terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Burung cangak yang berukuran kecil (45 cm), berwarna abu-abu gelap. Burung dewasa dengan mahkota dan jambul panjang menjuntai berwarna hitam kehijauan mengkilat. Sebuah garis hitam mula dari pangkal paruh sampai ke bawah mata dan pipi. Sayap dan ekor biru kehitaman; dengan bulu-bulu menggilap kehijauan, berpinggir kuning tua. Perut abu-abu kemerahjambuan. Dagu berwarna putih.[4][1]

Makanan

sunting

Bersarang seekor diri atau dalam kawanan kecil. Sarang dari tumpukan ranting dibuat di pohon-pohon bakau atau yang lainnya. Telur berwarna hijau kebiruan pucat, berjumlah 2-3 butir. Kokokan laut tercatat berbiak di bulan Mac, Mei, dan Jun.[1]

Habitat

sunting

Burung Pucung keladi boleh di dapati di kawasan berpaya, persisiran pantai berlumpur, pulau persisiran, sungai dan alur, tasik dan kawasan berair (termasuk kolam kumbahan). Ia penyendiri dan pemalu; mengintai mangsa sambil berdiam atau bersembunyi di dalam atau dekat rumpun buluh yang rapat, semak-samun, atau hutan balak.[1][5] Tatkala air surut, kadang-kadang datang ke batu-batu dan terumbu karang yang terbuka. Mangsanya berupa ikan, udang, serangga dan tempayaknya, kodok, dan bahkan ular kecil.[1]

Taburan

sunting

Burung Puchong Keladi boleh di dapati di Afrika, persisiran Laut Merah, benua India, Asia Tenggara, Kepulauan dan Amerika Selatan. Juga membiak dikebanyakan Malaysia, Asia, Russia, China dan Jepun. Kebanyakan di Malaysia terdapat spesies Butorides striatus javanicus, dan juga Butorides striatus Amurensis yang berhijrah pada musim sejuk.

Pembiakan

sunting
 
Butorides striatus

Sebagai burung, Burung Puchong Keladi membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Perlindungan

sunting

Burung Takur Besar merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f MacKinnon, J. (1993). Panduan lapangan pengenalan burung-burung di Jawa dan Bali. Jogyakarta:Gadjah Mada University Press. Hlm. 71-2. ISBN 979-420-150-2
  2. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 ), JADUAL 3, BURUNG-BURUNG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA
  3. ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  4. ^ a b MacKinnon, J., K. Phillipps, dan B. van Balen. (2000). Burung-burung di Sumatra, Jawa, Bali dan Kalimantan. Bogor:Puslitbang Biologi LIPI dan BirdLife IP. Hlm. 60. ISBN 979-579-013-7
  5. ^ King, B., M. Woodcock, & E.C. Dickinson (1975). A Field Guide to The Birds of South-East Asia. London:Collins. Hlm. 42-3. ISBN 0-00-219206-3
  6. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z