Bunga telur (Tulisan Jawi: بوڠا تلور ) merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang Melayu. Dalam adat Melayu, telur yang terdapat pada bunga telor mewakili kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.

Bunga telur, sesuatu yang amat penting dalam persandingan orang Melayu.

Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Bagaimanapun ada juga yang memecahkan tafsiran bunga telur dengan labih lanjut, iaitu: Bunga pahar adalah kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai, sementara bunga telur sebagai buah tangan yang diberikan kepada para hadirin.

Bunga telur/pahar ini biasanya diberikan hanya pada sanak saudara terdekat, yang dijemput merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai.

Pada masa kini, akibat kesukaran menyediakan telur, terdapat pasangan yang menggantikan telur dalam bunga telur ini dengan gula-gula. Ini disebabkan sekiranya tidak pandai menyediakan telur, banyak telur yang pecah ketika direbus, dan masalah telur yang tidak tahan disimpan, menyebabkan ia hanya dapat disediakan sehari sebelum majlis berlangsung.

Pautan luar

sunting