Bunga kemboja, kemoja, semboja atau bunga kubur ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Plumeria dalam keluarga Apocynaceae terdiri daripada 19 spesies.[1][2] Spesies-spesies genus ini tumbuh asli di kawasan tropika Karibia, Mexico dan Amerika Selatan,[3] pokok bunga kemboja dibawa ke Asia Tenggara dari pulau-pulau Filipina dan Ternate yang dijajah Empayar Sepanyol pada abad ke-17.[4]:356

Bunga kemboja
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Plumeria

Spesies

Lihat teks

Sinonim[2]
  • Plumieria Scop.

Penamaan

sunting

Bunga kemboja (Jawi: کمبوج) umum dipakai kepada spesies tertentu iaitu Plumeria rubra.[5]:32 Ia juga diberi nama sebagai bunga kamboja di Sumatera[6]:76 dan kemoja (Jawi: کموج) di Kedah.[7] Nama bunga ini tidak diperkenalkan dari Kemboja, tetapi ia dinamakan kerana asalnya dari tempat asing.[4]:356

Nama semboja (Jawi: سموج) digunakan di Jawa.[6]:76

Bunga ini juga diberi nama cempaka biru (Jawi: چمڤاک بيرو) dan cempaka mulia (Jawi: چمڤاک مليا).[7]

Taksonomi

sunting

Nama genus Plumeria diberikan daripada Charles Plumier, seorang rahib Katolik dan ahli botani Perancis abad ke-17 yang mengembara ke Dunia Baru mendokumentasikan banyak spesies tumbuhan dan haiwan.[4]

Botani

sunting

Saiz pokok ini besar. Ia berbatang lembut yang berwarna kelabu dan mempunyai banyak cabang, ia mengeluarkan getah putih yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.[5][8]

Pokok kemboja mula berbunga pada awal musim panas sampai musim luruh. Bunga-bunga pokok muncul pada tangkai di hujung dahan.[5] Sekuntum bunga terdiri daripada sari salut berbentuk tiub 3-10.2 sm panjang yang pecah menjadi lima kelopak bulat dan berlilin. Kelopak-kelopak ini berwarna merah menyala, kuning, putih kekuning-kuningan, atau jingga.[8][3]

Bunga kemboja mempunyai bau yang sangat harum seperti campuran bunga melur dan limau untuk menarik perhatian rama-rama Sphingidae, ia tidak mengeluarkan nektar.[9]

Buahnya keras dan merekah sehingga terbelah mengeluarkan biji benih yang nipis bersayap.[5][3]

Dalam budaya

sunting

Bunga ini selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia, Indonesia dan Filipina.[10][4]:356-357 Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah.

Di beberapa pulau Pasifik seperti Tahiti, Fiji, Samoa, Hawaii, New Zealand, Tonga, dan Kepulauan Cook, bunga-bunga spesies kemboja digunakan untuk membuat kalungan lei.[11] Bunga ini dipakai kaum wanita Polinesia untuk menunjukkan status pertalian: bunga dipakai di telinga kanan menunjukkan mereka yang mahu mencari pasangan, bunga di telinga kiri menunjukkan mereka yang sudah berpunya.[12]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Genus: Champa L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 14 Mac 2003. Dicapai pada 8 September 2010.
  2. ^ a b "Plumeria Tourn. ex L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  3. ^ a b c Eggli, Urs (2002). Albers, Focke (penyunting). Illustrated Handbook on Succulent Plants. 5: Dicotyledons. Springer. m/s. 16. ISBN 978-3-540-41966-2.
  4. ^ a b c d Zumbroich, Thomas Josef (Disember 2013). "'Plumerias the Color of Roseate Spoonbills' - Continuity and transition in the symbolism of Plumeria L. in Mesoamerica". Ethnobotany Research and Applications. 11: 341–363. ISSN 1547-3465.
  5. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 32, 86–87. ISBN 9789676118929.
  6. ^ a b Wijayakusuma, H. M. Hembing (2000). Ensiklopedia Milenium Tumbuhan Berkhasiat Obat Indonesia. 1: Bunga-bungaan. Jakarta, Indonesia: Prestasi Insan Indonesia. m/s. 76-79. ISBN 979-9157-18-8.
  7. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "kĕmboja". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 550 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^ a b Mahr, Susan (2023). "Plumeria". Wisconsin Horticulture. Universiti Wisconsin-Madison. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  9. ^ Haber, William A. (1984). "Pollination by Deceit in a Mass-Flowering Tropical Tree Plumeria rubra L. (Apocynaceae)". Biotropica. 16 (4): 269–275. doi:10.2307/2387935. JSTOR 2387935.
  10. ^ Bautista, Norby (22 April 2015). "The summer blooming of the Kalachuchi". Manila Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2015. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  11. ^ Jones, Jay (22 April 2008). "Hawaii keeps the lei-making tradition alive". Los Angeles Times.
  12. ^ "Proper Way of Wearing Hawaiian Flowers". Dicapai pada 27 Januari 2024.