Bulla (daripada Latin Zaman Pertengahan yang bermaksud "meterai bulat", daripada Latin Klasik bulla, "gelembung, titisan"; jamak bullae) ialah token daripada tanah liat bertulis, logam lembut (plumbum atau timah), bitumen, atau lilin yang digunakan dalam dokumen-dokumen niaga dan undang-undang sebagai bentuk pengesahan dan untuk mencegah pemalsuan apa sahaja yang dilampirkan padanya (atau, dalam bentuk bersejarah, terkandung di dalamnya).

Bulla (atau sampul tanah liat) dan kandungannya dipamerkan di Louvre. Zaman Uruk (4000–3100 SM).

Dalam bentuk yang paling awal digunakan, seperti di Timur Dekat Kuno dan Timur Tengah sejak alaf ke-8 SM, bulla ialah bebola tanah liat lompong yang mengandungi token kecil lain yang mengenal pasti kuantiti dan jenis barangan yang direkodkan. Dalam bentuk ini, bulla merupakan salah satu kepakaran yang paling awal di dunia purba dan berkemungkinan memerlukan kemahiran untuk dihasilkan.[1]:24 Sejak sekitar alaf ke-4 SM, semakin komunikasi pada papirus dan kertas kekulit menjadi meluas, bulla berubah menjadi token yang lebih ringkas dan diikat pada dokumen dengan tali, serta diukir dengan tanda unik (menjadi meterai) untuk memberikan identifikasi yang sah serta perlindungan daripada pemalsuan. Bulla masih kadang-kadang dilampirkan pada dokumen untuk tujuan ini (contohnya, meterai pada bulla paus).

Asal usul

sunting
 
Dua bulla tanah liat, satu lengkap dan ditutup, satu lagi pecah dengan tokennya kelihatan, Zaman Uruk. Muzium Institut Oriental, Chicago.

Sekitar 8000 – 7500 SM, petani-petani Sumeria memerlukan cara untuk menyimpan rekod haiwan-haiwan dan barang jualan mereka. Token tanah liat kecil dibentukkan dengan tangan untuk melambangkan haiwan dan barang tertentu.[2]

Token tanah liat membolehkan petani merakamkan bilangan haiwan dan makanan yang telah dijual, disimpan dan/atau dijual. Kerana bijian penting dalam hidup seharian, mereka perlu menyimpan bijian lebihan mereka di pusat-pusat awam dan ambil kira makanan mereka. Sistem token tanah liat ini kekal sama selama 4000 tahun sehinggalah token-token tersebut mula nampak lebih berhias. Token-token mempunyai saiz, bahan dan warna yang serupa tetapi corak-coraknya beraneka. Semakin jumlah barangan yang dihasilkan meningkat dan pertukaran barangan menjadi semakin lazim, token juga berubah untuk mengikut pertumbuhan ini.[3]

Urus niaga untuk perdagangan perlu diambil kira dengan cekap, jadi token tanah liat diletakkan di dalam bola tanah liat (bulla), yang membantu mengelakkan penipuan dan menyimpan semua token sekali gus. Untuk mengambil kira token, bulla itu perlu dipecahkan untuk mendedahkan kandungannya. Meterai dicapkan pada pembukaan bulla untuk elak digodek. Setiap pihak mempunyai meterai tersendiri untuk mengenal pasti meterai mereka. Meterai bukan sahaja dapat membezakan antara individu, tetapi juga jawatan mereka. Kadangkala, token itu dicapkan pada bulla basah sebelum ia kering supaya pemilik dapat mengingati apa sebenarnya yang ada dalam bulla itu tanpa perlu memecahkannya.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Van De Mieroop, Marc (2007). A History of the Ancient Near East, ca. 3000–323 BC (ed. 2nd). Oxford: Blackwell. ISBN 978-1-4051-4911-2.
  2. ^ "Ancient Scripts: Sumerian." Ancient Scripts: Sumerian. N.p., n.d. Web. 27 October 2014.
  3. ^ Schmandt-Besserat, Denise. Before Writing. Austin: U of Texas, 1992. Print.