Dalam ilmu falak, bulan tak nalar (بولن تق نالر) ialah satelit semula jadi yang mengikuti orbit yang jauh dan condong dan ia juga sering kali mengikuti orbit yang songsang dan sipi. Bulan tersebut dipercayai telah "ditawan" oleh planet induknya, tidak seperti bulan nalar yang dibentuk secara in situ.

Takrifan

sunting

Tiada takrifan yang tepat diterima secara meluas mengenai bulan tak nalar. Secara tidak rasmi, bulan dianggap tak nalar (tidak teratur) jika mereka cukup jauh dari planet di mana liukan satah orbit mereka dikawal oleh Matahari terutamanya.

Dalam pengamalan, paksi semimajor bulan dibandingkan dengan sfera Hill (iaitu sfera dengan pengaruh gravitinya),  . Bulan tak nalar mempunyai paksi semimajor lebih besar daripada 0.05  dengan apoapsis memanjang sehingga 0.65 .[1] Jejari sfera Hill diberikan dalam jadual di bawah.

Planet rH, 106 km[1] rmin, km[1] Bilangan
Musytari 51 1.5 59
Zuhal 69 3 38
Uranus 73 7 9
Neptun 116 16 7 (termasuk Triton)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c doi:10.1017/S1743921305006824
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri

Pautan luar

sunting