Bukit Broga
Bukit Broga merupakan sebuah bukit yang terletak di bahagian timur Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga, berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan. Terletak di pinggiran Banjaran Titiwangsa, ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga | |
---|---|
Memandang ke arah barat dari puncak | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 400 m (1,300 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Langat, Selangor |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Pelancongan dan rekreasi
suntingBukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.
Galeri
sunting
Pautan Luar
suntinghttp://www.naturemalaysia.com/broga-hill.htm [Bukit Broga]