Bukhari al-Jauhari

(Dilencongkan daripada Bukhari al-jauhari)

Bukhari al-Jauhari merupakan seorang saudagar permata yang datang dari Bukhara (kota di Uzbekistan). Beliau juga merupakan pengarang salah sebuah karya Melayu yang sangat berpengaruh, Tajul Salatin yang bermaksud Mahkota Raja-raja[1]. Pada asalnya buku ini dari kesusasteraan dan kebudayaan Parsi dan pernah diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada tahun 1603 di Acheh, Indonesia. Buku ini dijadikan panduan oleh raja-raja Melayu seperti negeri Johor dan Kedah untuk memerintah kerajaan. Buku ini juga mempunyai banyak unsur agama Islam dari segi perhubungan, banyak isu-isu yang merupakan nasihat dan pengajaran ajaran Islam terutamanya kepada pemerintah kerajaan negeri. Terdapat juga beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi.

Buku ini mengandungi 24 fasal.

  • Manusia perlu mengenal dirinya
  • Manusia perlu mengenal Tuhan
  • Manusia perlu mengenal dunia
  • Manusia perlu mengetahui kesudahannya pada ketika maut
  • Tanggungjawab dan sifat-sifat Sultan
  • Menyatakan perbuatan adil
  • Cerita-cerita dan sifat-sifat raja yang adil
  • Cerita dan sifat-sufat raja kafir yang adil
  • Menyatakan perbuatan zalim
  • Tugas dan sifat-sifat menteri
  • Tugas penyurat
  • Tugas pesuruh
  • Sifat, tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan
  • Cara-cara mendidik anak
  • Hemat yang benar
  • Sifat orang berbudi (berakal)
  • Syarat kerajaan
  • Ilmu qaifah dan firasat
  • Ilmu qaifah dan firasat dengan segala hukum-hukumnya
  • Hal rakyat dan raja
  • Hal rakyat yang kafir dengan raja yang Islam
  • Hal pemurah dan ihsan
  • Hal setia dan menepati janji
  • Penutup

Ringkasan fasal

sunting
  1. Seorang pegawai raja harus mengakui bahawa hak Allah berlaku untuk raja, dan mengetahui bahwa rajanya adalah hamba Allah.
  2. Seorang pegawai raja harus menyukai rajanya.
  3. Seorang pegawai raja haruslah memelihara pakaian dan nikmat yang indah raja-rajanya.
  4. Seorang pegawai raja haruslah jujur dan setiap perkataanya atas reda Allah dan reda rajanya.
  5. Seorang pegawai raja haruslah lebih takut kepada Allah daripada rajanya
  6. Seorang pegawai raja mestilah menyempurnakan pekerjaan rajanya tetapi pekerjaan akhirat didahulukan.
  7. Seorang pegawai raja mestilah mengingatkan rajanya ketika rajanya berbuat aniaya.
  8. Seorang pegawai raja mestilah menyegerakan suruhan rajanya.
  9. Seorang pegawai raja haruslah mematuhi akan rajanya dalam perintah yang baik dan menolak perintah yang buruk.
  10. Seorang pegawai raja harus sopan dan beradab ketika menghadap raja, dan lain-lain.

[2] [3]

  1. ^ Dr. Suffian bin Mansor,Dr. Mardiana binti Nordin,Ahmad Salehee bin Abdul,Ishak bin Saidoo, Sejarah Tingkatan 2,Dewan Bahasa dan Pustaka,2017,ISBN 978-983-49-1647-3
  2. ^ Khalid Hussain, 1966. Taj Us-Salatin. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. ^ https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/88