Bujang Lapok Kembali Daa
Bujang Lapok Kembali Daa merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1985. Bujang Lapok Kembali Daa diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Bujang Lapok Kembali Daa | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Lakon layar | Aziz Sattar |
Dibintangi |
|
Tarikh tayangan | 1985 |
Negara | Malaysia |
Bahasa |
Bujang Lapok Kembali Daa mula ditayangkan pada 1985 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Sattar, S. Shamsuddin dan ramai lagi.
Namun P. Ramlee tiada dalam filem ini kerana P. Ramlee telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di Setapak. Tempat beliau digantikan oleh anaknya iaitu Nasir P. Ramlee. M. Rajoli memegang watak antagonis dalam filem ini. Filem ini ialah francais terakhir Bujang Lapok untuk filem terdahulunya.
Pengarah
suntingFilem Bujang Lapok Kembali Daa diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1985.
Sinopsis
suntingAziz dan Sudin masih lagi bujang dan mereka membanting tulang bekerja bagi mencari wang untuk menghantar Nasir iaitu anak kepada Ramli untuk menyambung pengajian muzik ke luar negara. Nasir tinggal bersama Aziz dan Sudin dan bercita-cita untuk menjadi komposer terkenal seperti arwah ayahnya Ramli dan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada satu hari ketika menjual barang-barang, Aziz dan Sudin menyaksikan kejadian samun lalu mereka melarikan diri ke hutan. Di sanalah mereka menjumpai seorang bekas tentera Jepun dan 2 anak gadisnya.
Pelakon
sunting- Aziz Sattar sebagai Aziz
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Nasir P. Ramlee sebagai Nasir
- Mahmud Jun sebagai Oto-san
- Norlida Ahmad sebagai mayumi
- Norakma Yunos sebagai mika
- M. Rajoli sebagai Perompak (antagonis utama)
- M. Fauzi sebagai Perompak
- Rose Hazira Hashim
- A. R Ayappan
Runut
sunting- Bujang Lapok kembali daa
- Blues Jang Lapok
- Joget Bujang Lapok
- Keroncong Bujang Lapok
- Seloka Bujang Lapok
- Pok pok Bujang Lapok
- Kitaro Caravansary (dibabak akhir)
Lihat juga
sunting- Si Jantung Hati - Kesinambungan kepada siri filem Do Re Mi