Berdasarkan pengamatan Islam, Buhaira @ Bahira adalah seorang pendeta Kristian dari Assyria. Dia telah menjangkakan kerasulan Muhammad sebagai seorang Nabi dan Utusan Allah (Rasullullah) yang terakhir.[1][2]

Pandangan Islam terhadap Buhaira

sunting

Cerita berkenaan Nabi Muhammad bertemu pendeta Buhaira telah mendapat liputan yang luas dari sejarawan Islam yang terkemuka seperti Ibn Hisham, Ibn Sa'ad dan al-Tabari, walau bagaimanapun maklumat yang mereka terima terdapat sedikit perbezaannya. Ketika umur Nabi Muhammad sekitar 9 sehingga 12 tahun, baginda telah bertemu dengan pendeta Buhaira di bandar Bushra, Syria sewaktu perjalanan baginda dengan pedagang Makkah, yang dipimpim oleh pakcik saudaranya Abu Talib.[1] Apabila angkatan pedagang itu melintasi biara pendeta Buhaira, beliau telah mengajak angkatan tersebut untuk menikmati sedikit juadah. Kafilah itu menerima undangan, namun meninggalkan seorang kanak-kanak lelaki (Nabi Muhammad) di luar untuk menjaga barangan dagangan. Buhaira walau bagaimanapun mengajak setiap individu dari kafilah tersebut untuk menjamah hidangannya.[2] Sesudah itu maka terjadilah suatu keajaiban yang memperlihatkan kepada Buhaira bahawa kanak-kanak yang menjaga barangan angkatan itu kelak akan menjadi Rasullullah dan pemimpin yang agung. Mengikut satu riwayat, Buhaira telah dapat mengesan suatu tanda yang agak unik dan pelik pada Muhammad; riwayat yang lain pula mengatakan terdapat "pergerakan ajaib" suatu kabus atau awan telah memayungi Muhammad setiap kali baginda berjalan pada waktu siang hari walaupun dalam keadaan panas terik. Pendeta Buhaira lalu mengingatkan kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi Muhammad) agar dia sentiasa mengawasi Muhammad dan menjaganya dengan baik dan saksama. Abu Talib juga disuruh untuk mengawasi Muhammad supaya baginda tidak disakiti dan menjadi buruan kaum Yahudi dan Israel (dalam versi periwayatan Ibn Sa'ad) atau Byzantine (Rom Timur) (dalam versi periwayatan al-Tabari). Namun kedua-dua versi periwayatan sama ada dari Ibn Sa'ad mahupun al-Tabari telah sepakat mengatakan bahawa Buhaira telah menjumpai ayat yang menerangkan kehadiran Muhammad secara telus dalam versi asli gospel (Kitab Injil); berdasarkan pengamatan ajaran Islam, Kristian sebenarnya telah memperkotak-katikkan kewujudan Muhammad, berita Muhammad dan kedatangannya kelak telah dipadamkan dan dibuang dari gospel.[1]

Buhaira dalam pandangan Kristian

sunting
 
Biara Bahira di Bushra, Syria

Dalam pengamatan Kristian pula terhadap Islam, Buhaira telah dinggap sebagai "pendeta sesat", dan beliau seorang yang bersefahaman dengan pengkhabaran dari Al-Quran. Nama dan agama yang diperolehi berkaitan pendeta ini berbeza-beza dari sumber Kristian. Al-Kindi, memanggilnya Sergius dan menulisnya kemudian adalah dia sebagai Nestorius, Lantaran itu, Buhaira adalah dianggap sebagai Nestorian. Selepas kurun ke-9, ahli polemik Byzantine beranggapan bahawa Buhaira digelar sebagai "Baeira" atau "Pakhyras", kedua-duanya merupukan unjuran kepada nama Buhaira @ Bahira, dan menggambarkannya sebagai ikonoklas. Kadangkala Buhaira disebut sebagai seorang Jacobite atau Arian. Buhaira juga berada di tengah-tengah Apocalypse of Bahira, yang wujud dalam bahasa Suryani dan Arab yang menjadikan penghasilan teks al-Quran dari Kristian suatu apokrifa. Penulis Kristian juga kekal dalam mengatakan bahawa karya Buhaira adalah asas kepada iktikad kepercayaan dalam al-Quran seperti mana yang telah termaktub dalam prinsip kepercayaan masyarakat Kristian, sementara yang lain pula diperkenalkan oleh perawi atau penyusun yang terkemudian seperti Uthman bin Affan atau orang Yahudi sezamannya.[1]

Bibliografi

sunting
  • B. Roggema, The Legend of Sergius Baḥīrā. Eastern Christian Apologetics and Apocalyptic in Response to Islam (The History of Christian-Muslim Relations. Texts and Studies 9; 2008) (includes editions, translations and further references).
  • K. Szilágyi, ‘Muhammad and the Monk: The Making of the Christian Baḥīrā Legend’, Jerusalem Studies in Arabic and Islam 34 (2008), in press.
  • Griffith, S. H. (1995). "Muhammad and the Monk Bahîrâ: Reflections on a Syriac and Arabic text from early Abbasid times" (in English). Oriens Christianus Vol. 79: pp. 146-174. ISSN 0340-6407. OCLC 1642167. http://cat.inist.fr/?aModele=afficheN&cpsidt=3289527.
  • Griffith, S. H. (January 2000). "Disputing with Islam in Syriac: The Case of the Monk of Bêt Hãlê and a Muslim Emir". Hugoye: Journal of Syriac Studies Vol. 3 (No. 1). http://syrcom.cua.edu/Hugoye/Vol3No1/HV3N1Griffith.html.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Abel, A. "Baḥīrā". Encyclopaedia of Islam. Brill. Brill Online, 2007
  2. ^ a b Watt, W. Montgomery. Muhammad: Prophet and Statesman, m/s. 1. Oxford University Press, 1964