Budak Tebing (musim 1)

Musim pertama Budak Tebing, siri drama televisyen aksi remaja Malaysia, memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 11 Mac 2020 sehingga 9 April 2020 menggantikan Bukan Kahwin Paksa dan digantikan oleh The Gadis.[1][2][3]

Budak Tebing
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
Bilangan episod13
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Mac 2020 – 9 April 2020

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon tambahan

sunting
  • Zaleha Kadir sebagai Bibik Sabrina
  • Alynn Techen sebagai Mak Tongki

Runut bunyi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Drama Budak Tebing (TV3)" My Infotaip (11 Mac 2020). Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ Budiey (10 Mac 2020). Sinopsis drama Budak Tebing lakonan Adam Lee dan Eyka Farhana Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  3. ^ Irdina Azime (11 Mac 2020). "Kita kawan bukannya lawan" - Budak Tebing hiasi Slot Lestary TV3 malam ini, rugi tak tengok XTRA. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (12 April 2020). Budak Tebng lonjak Adam Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  5. ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2020). Abai aura negatif Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2020.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (8 Jun 2020). Fariz Isqandar enggan hanya dikenali dengan Yoyol Budak Tebing - "Fasa baharu untuk saya" mStar Online. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  7. ^ Nazar Rafiqhi (10 April 2020). "Yang rindu boleh marathon kat YouTube" - Budak Tebing trending, Amyza Aznan ucap terima kasih Media Hiburan. Dicapai pada 11 April 2020.