Bubu naga
Bubu Naga adalah sejenis bubu atau alat jebak penangkap ikan yang berbentuk panyang menyerupai ular naga dengan pintu selang seling yang dihujungnya, sehingga sebanyak 20 pintu masuk sebuah bubu dan terdapat kerucut dengan panjang 1 meter sebagai tempat berkumpulnya udang yang tertangkap.
Bubu Naga mempunyai panjang mulai dari 6 - 30 meter tetapi paling banyak digunakan adalah ukuran 8-9 meter. Bubu Naga dapat digunakan untuk menangkap atau menjebak ikan yang ada di kali, rawa, tambak, laut, muara, dan lain-lain.
Bubu naga sepanjang lima hingga 10 meter setiap satu mudah digunakan kerana hanya perlu diletakkan di laut dan setiap pagi, nelayan hanya pergi mengutip hasilnya saja.[1]
Bubu Naga biasanya diperbuat dari jaring dan memiliki fizikal yang tidak lasak, oleh itu ia biasanya hanya digunakan di kawasan pantai sahaja. Mata pukat bubu naga jauh lebih kecil mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah masuk ke perangkap jaring terbabit. Dengan itu, penggunaan bubu naga yang tidak terkawal mampu jejaskan habitat marin dan mengakibatkan hasil laut makin berkurangan.[2]
Ancaman penggunaan bubu naga di Malaysia, termasuk di Pantai Remis[3] mengakibatkan a turut dibincangkan di peringkat kabinet.[4]
Bubu naga sering digunakan oleh nelayan warga asing. [5]