Breakdance di Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Breakdance atau Breaking di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 telah berlangsung dari 14 hingga 15 Ogos 2024 di Place de la Concorde, Paris, Perancis.[1] Edisi ini merupakan kali pertama breaking dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas.[2] Presiden IOC Thomas Bach telah mengatakan bahawa mereka memasukkan breaking sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menarik minat anak muda terhadap Sukan Olimpik.[3]
Breakdance di Sukan Olimpik XXXIII | |
---|---|
Tempat | Place de la Concorde |
Tarikh | 14—15 Ogos 2024 |
Bil. acara | 2 |
Pesaing | 32 (dijangka) |
Kelayakan
suntingTerdapat 32 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 16 untuk lelaki dan 16 untuk perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan oleh Persekutuan Sukan Tarian Dunia pada 8 April 2022.[4]
Setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum empat peserta (dua bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024. Slot ini adalah dianugerahkan kepada atlet tersebut dan bukannya kepada JOK. Hanya atlet yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik.[5]
Pasukan Perancis akan memperoleh dua slot (satu bagi setiap jantina) secara automatik, manakala empat slot yang lain (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. 26 slot yang lain pula diperuntukkan melalui proses kelayakan, di mana atlet-alet akan memperoleh slot kelayakan dengan memenangi pertandingan Siri Kelayakan Olimpik (14), Kejohanan Benua (10) serta Kejohanan Dunia (2).[5]
Garis masa
suntingAcara | Tarikh | Tempat |
---|---|---|
Kejohanan WDSF Dunia 2023 | 22 – 24 September 2023 | Leuven |
Kejohanan Benua Asia | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Kejohanan Benua Eropah | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Kejohanan Benua Afrika | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Kejohanan Benua Amerika | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Kejohanan Benua Oceania | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Siri Kelayakan Olimpik | Akan ditentukan | Akan ditentukan |
Jadual pingat
sunting* Tuan rumah (Perancis)
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jepun | 1 | 0 | 0 | 1 |
Kanada | 1 | 0 | 0 | 1 | |
3 | Lithuania | 0 | 1 | 0 | 1 |
Perancis* | 0 | 1 | 0 | 1 | |
5 | Amerika Syarikat | 0 | 0 | 1 | 1 |
China | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (6 NOC) | 2 | 2 | 2 | 6 |
Pemenang pingat
suntingEvent | Emas | Perak | Gangsa |
B-boys (Lelaki) |
Philip Kim Phil Wizard Kanada |
Danis Civil Dany Dann Perancis |
Victor Montalvo Victor Amerika Syarikat |
B-girls (Perempuan) |
Ami Yuasa Ami Jepun |
Dominika Banevič Nicka Lithuania |
Liu Qingyi 671 China |
Rujukan
sunting- ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ "Breakdancing to make its Olympic debut at Paris 2024". CNN. 7 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ "'Breaking' news: Breakdancing added as an event for 2024 Paris Olympics". LA Times. 7 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ "Breaking Qualification System unveiled for Olympic Games Paris 2024". Persekutuan Sukan Tarian Dunia (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.
- ^ a b "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024" (PDF). IOC (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.
Pautan luar
sunting- "Breaking" di laman web rasmi Paris 2024.