Anjing penuding Itali

baka anjing dari Itali
(Dilencongkan daripada Bracco Italiano)

Anjing penuding Itali[a] ialah satu baka anjing penuding Itali.

Anjing penuding Itali
Negara asalItali
Trait
Berat 25–40 kg (55–88 lb)[1]
Tinggi Jantan keutamaan: 58–67 cm (23–26 in)[1]
Betina keutamaan: 55–62 cm (22–24 in)[1]
Bulu pendek, padat, dan licau
Warna
  • putih
  • putih dengan tanda-tanda jingga, ambar, atau perang berangan
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Anjing pertama yang didaftarkan oleh Kennel Club Italiano, yang diasaskan pada tahun 1882, ialah anjing penuding Itali.[2] Pada awal tahun 1949, piawaian baka diluluskan oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana dan kemudian pada tahun sama sebuah persatuan baka, Società Amatori Bracco Italiano ("Persatuan Pencinta Anjing Penuding Itali"), dibentuk.[3][4] Baka ini telah diterima sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[5]

Dalam tempoh 41 tahun dari tahun 1970 hingga tahun 2011, sejumlah 24,613 ekor anjing didaftarkan.[3] Dari tahun 2010 hingga tahun 2018, terdapat hampir-hampir 700 pendaftaran baharu setiap tahun di Itali, majoritinya pada setiap tahun mempunyai pewarnaan putih dan jingga.[6]

Perihal

sunting
 
 

Anjing penuding Itali adalah kira-kira segi empat sama dari segi garis luar – ketinggian pada paras kelasa adalah hampir sama besar dengan panjang tubuh. Kepalanya besar, dengan telinga panjang dan bibir atas panjang yang tergantung ke bawah rahang bawah.[7]

Lapis bulunya padat dan pendek. Lapis bulunya mungkin berwarna putih, atau putih dengan tompok-tompok sama ada berwarna jingga atau perang, atau putih dengan jingga atau perang kemerah-merahan. Sebarang warna lain, termasuk tanda-tanda hitam atau triwarna, dianggap sebagai kecacatan yang menyebabkan penyingkiran.[7] Warna paling biasa merupakan bianco-arancio (putih dan jingga) dan roano-marrone (hati kemerah-merahan).[6]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ايتالي; Itali: bracco italiano, sebutan bahasa Itali: [ˈbrakko itaˈljaːno]; bahasa Inggeris: Italian pointing dog; Italian pointer

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Bracco Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Cenni storici (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  3. ^ a b Cecchi, Francesca; Paci, Gisella; Spaterna, Andrea; Ciampolini, Roberta (2013). "Genetic Variability in Bracco Italiano Dog Breed Assessed by Pedigree Data" [Kebolehubahan Genetik pada Baka Anjing Penuding Itali yang Ditaksir Mengikut Data Pedigri]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 12 (3): e54. doi:10.4081/ijas.2013.e54. ISSN 1828-051X. S2CID 85718298.
  4. ^ Storia (dalam bahasa Itali). Società Amatori Bracco Italiano. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  5. ^ "FCI-Standard N° 202 BRACCO ITALIANO (Italian Pointing Dog)" [Piawaian FCI No. 202 Anjing Penuding Itali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Società Amatori Bracco Italiano dan Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 23 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  6. ^ a b Bracco Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  7. ^ a b "FCI breeds nomenclature: BRACCO ITALIANO (202)" [Tatanama baka FCI: ANJING PENUDING ITALI (202)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 23 Januari 2024.