Borujerd
Borujerd (Parsi: بروجرد , dsebut eja sebagivūriyerd dalam dialek Borujerdi dan turut disebut sebagai vorūgerd atau borūgerd dalam bahasa Lurish) (kelainan nama lain yang telah direkodkan: Boroujerd, Borudjerd, Boroojerd, Brujerd, Burujird, Borugerd) adalah sebuah bandar di wilayah Lorestan di barat Iran. Bandar Borujerd adalah pusat bandar Shahrestan-e Borujerd (Kaunti Borujerd) dan mempunyai penduduk seramai kira-kira 231,000 orang. Di antara bandar-bandar moden yang ada di Iran, Borujerd adalah salah satu kota yang tertua yang dilaporkan telah wujud setidaknya sejak abad ke-9 Masihi. Ketika dalam era Sasan Borujerd adalah sebuah bandar kecil dan kawasan berjiranan Nihavand. Mendapat lebih banyak perhatian selama berada dalam era Seljuk dari abad ke-9 hingga abad ke-10 Masihi, Borujerd telah berdiri sebagai sebuah bandar industri, perdagangan dan bandar geostrategik terletak di wilayah Zagros hingga abad ke-20. Di masa keemasannya, Borujerd terpilih sebagai pusat wilayah bagi daerah Luristan dan Khuzestan selama era Qajar dari kurun ke-18 hingga kurun ke-19 Masihi.
Hari ini, Borujerd adalah bandar kedua terbesar di wilayah Lorestan; kerana itu ia merupakan pusat bagi industri besar, pusat pelancongan dan budaya daerah. Bandar ini memiliki binaan seni bina lama yang tetap dan gaya hidup sebahagian besar senibinanya dapat ditonjolnya melalui hiasan dan binaan masjid-masjid, pasar dan rumah-rumah yang dibina di era Qajar.
Bahasa
suntingMasyarakat Borujerdi secara am dan puratanya berbicara di dalam Dialek Borujerdi iaitu sebuah dialek istimewa diantara Luri dan Parsi. Bahasa lain seperti bahasa Luri, Laki, dan bahasa umum tempatan iaitu Azarbaijani dan orang Yahudi tempatan juga dapat diketemukan disini yang juga turut berbicara dalam bahasa Yahudi.
Tarikan sejarah
sunting- Masjid Jamek Borujerd
- Masjid Soltani Borujerd
- Imamzadeh Ja'far, Borujerd
- Imamzadeh Ghasem, Borujerd
- Imamzadeh Ibrahim, Borujerd
- Imamzadeh Shahzadeh Abol-Hasan, Borujerd
- Imamzadeh Vallian, Borujerd
- Imamzadeh Ghasem, Borujerd
- Zavvarian Tomb of Borujerd
- Ghaleh Hatam Bridge, Borujerd
- Chalanchulan Bridge, Borujerd
- Ghorogh Hill, Borujerd
- Roomian Hill, Borujerd
- Bazaar of Borujerd
Taman dan tarikan alam semula jadi
suntingOrang terkenal
sunting- Grand Ayatollah Borujerdi, Pemimpin agama
- Abdolhossein Zarinkoob, Penulis, Sejarawan
- Loris Tjeknavorian, Ahli Muzik
- Ja'far Shahidi, Sejarawan dan Bibliografer
- Abdolmohammad Ayati Pemuisi, Penulis
- Mehrdad Avesta, Pemuisi 20-an
- Allameh Bahr-Al-Olum, Pemimpin agama 19-an
- Samet Borujerdi, Pemuisi 19-20-an
- Ehsan Mohajer Shojaei, atlit
Galeri
sunting-
Taman Fadak (Fadak Park)
-
Yadbood Square.
-
Soltani Mosque 18th c. A.D.
-
Goldasht Valley.
-
Imamzadeh Ja'far 11th c. A.D.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Borujerd |