Bolonka berwarna Rusia

baka anjing dari Rusia

Bolonka berwarna Rusia[a] atau bolonka berwarna atau hanya bolonka ialah satu baka anjing mainan jarang daripada jenis bichon yang dikembangkan di Moscow dan di Sankt-Peterburg, Rusia daripada leluhur anjing lebih kecil seperti bichon frisé, pudel mainan, shih tzu, anjing Peking, dan anjing Bologna Perancis. Ia termasuk keragaman putih, bolonka Perancis.

Bolonka berwarna Rusia
Bolonka berwarna Rusia
Nama lainBolonka berwarna, bolonka Perancis, anjing riba Rusia
Negara asalRusia
Trait
Berat Jantan 3.5–5 kilogram (7.7–11.0 lb)
Betina 2–4 kilogram (4.4–8.8 lb)
Tinggi Jantan 22–27 sentimeter (8.7–10.6 in)
Betina 18–24 sentimeter (7.1–9.4 in)
Bulu Keriting atau beralun
Warna Hitam, perang, kelabu, merah, kelabu serigala (berwarna)
Putih (Perancis)
Saiz perinduk 1–3 ekor
Jangka hayat 12–16 tahun
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Bolonka berwarna Rusia bermula seawal awal abad ke-18. Louis XIV dari Perancis mempersembahkan bolonka berwarna Rusia sebagai hadiah kepada kebangsawanan Rusia. Kemudian, leluhur kepada bolonka berwarna Rusia berhijrah ke Rusia dengan angkatan tentera Napoleon dan dikenali sebagai bolonka Perancis. Rusia tidak pernah terkenal kerana baka mainannya, sebahagiannya kerana persekitarannya dan keperluan ekonominya untuk anjing pekerja. Baka lebih kecil dianggap lewah dan tidak perlu, malah lebih sedemikian semasa Rejim Soviet. Semasa tempoh ini, anjing tidak diimport ke Rusia. Oleh itu, baka dikembangkan melalui pemilihan daripada baka sedia ada. Kerana ketidakbolehan untuk mengimport anjing dari luar Rusia, bolonka berwarna Rusia dikembangkan melalui pembiakbakaan setempat melalui pencinta anjing di Moscow di Leningrad, yang merujuk leluhur kepada anjing lebih kecil seperti bichon frisé, pudel mainan, shih tzu, anjing Peking, dan anjing Bologna Perancis, dengan wawasan untuk mewujudkan anjing riba bersaiz mainan yang mempunyai perangai betul untuk kehidupan pangsapuri. Sejak tahun 1966, ia telah dipanggil bolonka berwarna Rusia. Minat terhadap baka spesifik bolonka berwarna Rusia pulih selepas kejatuhan Tirai Besi.

Dalam keadaan serupa, melalui hubungan antara golongan aristokrat Rusia dengan Perancis pada abad ke-18 dan abad ke-19, anjing yang serupa dengan bichon frisé atau anjing Bologna zaman kini dibawa ke Rusia pemerintahan Tsar. Anjing putih kecil ini merupakan kegemaran wanita atasan zaman itu di kedua-dua negara. Selepas Revolusi Rusia, anjing Rusia diasingkan daripada anjing Perancis. Anjing kecil itu mula dianggap dengan serius sebagai baka asli Rusia pada tahun 1950-an dan menjadi semakin popular. Eksport anjing ini dikawal atur dengan ketat. Pada tahun 1978, satu pasangan pembiakbakaan bolonka Perancis dikirimkan sebagai hadiah diplomatik daripada Kesatuan Soviet kepada Republik Demokratik Jerman. Daripada anjing ini dan segelintir yang lain, bolonka Perancis putih mula dikembangkan sebagai baka di Jerman pada tahun 1980-an. Akhirnya, ia diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen sebagai variasi bagi anjing Bologna Itali. Ini berlaku pada masa sama dengan perkembangan keragaman berwarna, iaitu bolonka berwarna Rusia (bunte Schoßhündchen, bolonka zwetnaya, deutscher Bolonka). Anjing ini pula belum diiktiraf, walaupun mempunyai kelab baka aktif di beberapa buah negara.[1]

Penampilan

sunting

Bolonka berwarna Rusia adalah setinggi 18–27 cm (7.1–10.6 in) pada paras kelasa dan seberat 2–4 kg (4.4–8.8 lb) atau 5 kg (11 lb). Bentuk tubuh bolonka berwarna Rusia menyerupai segi empat sama dengan lapis bulu panjang yang mempunyai keriting beralun besar. Bolonka berwarna Rusia bertulang sederhana dan tidak patut sama sekali kelihatan bertulang halus. Bolonka Perancis berwarna putih sementara bolonka berwarna berwarna hitam, perang, kelabu, merah, atau kelabu serigala. Baka ini terkenal kerana lapis bulu lembut dan beralun hingga keriting dengan pelbagai warna. Ia mempunyai telinga yang tidak terlalu panjang mahupun terlalu pendek. Bolonka berwarna Rusia jantan mempunyai janggut dan misai tersendiri yang membezakannya daripada betina. Ekor bolonka berwarna Rusia sepatutnya mempunyai hujung yang menyentuh belakangnya. Serupa dengan baka bichon lain, bolonka berwarna Rusia tidak bersalin bulu. Pemberusan hairan bagi lapis bulu membantu untuk mengelakkan pengusutan. Jika lapis bulu bolonka berwarna Rusia menjadi seteruknya kusut, ia mungkin menghidap hematoma. Bolonka berwarna Rusia dianggap sesuai untuk orang dengan alahan, kerana ia dibiakbakakan untuk menjadi hipoalergenik.[perlu rujukan] Baka yang tidak bersalin bulu lebih berkemungkinan untuk menjadi hipoalergenik, kerana bulu mati dan air liur anjing berkenaan melekat pada bulu dan tidak terlepas ke persekitaran.[2] Pemangkasan, pemberusan, dan mandi kerap diperlukan untuk memastikan bolonka berwarna Rusia terlihat dalam keadaan terbaik dengan menanggalkan bulu dan bulu mati dan mengawal air liur. Ada kepentingan untuk memerhatikan bahawa takat hipoalergenik seseekor anjing untuk orang tertentu mungkin berubah-ubah dengan setiap anjing dan setiap orang.[3]

Perangai

sunting

Bolonka berwarna Rusia berperangai sekata, sangat cerdas, ramah kepada semua, dan tidak patut sama sekali malu atau menunjukkan agresi dalam apa-apa cara pun. Bolonka berwarna Rusia dikembangkan khususnya sebagai anjing teman dan dihargai kerana perangai mudah bergaul, santai, dan penyayang. Spesimennya mengelakkan permainan riuh dan tidak menghargai sebarang takat penderaan fizikal semasa bermain. Bolonka berwarna Rusia biasanya menanggap semua orang yang tidak dikenali sebagai bakal rakan sepermainan dan tanpa sosialiasi sesuai waktu, ia dapat membesar menjadi penyapa tidak sopan. Walau bagaimanapun, baka ini dibiakbakakan dengan kecenderungan kuat untuk mempertahankan wilayahnya dan manusia kegemarannya. Oleh itu, ia dapat menjadi anjing pengawal agak bagus. Bolonka berwarna Rusia tidak dapat menggunakan agresi yang diperlukan apabila situasi mendesak dan tidak patut ditugasi dengan tanggungjawab penjaga.

Pengiktirafan

sunting

Bolonka berwarna Rusia adalah popular di Jerman.[4] Versi putih, bolonka Perancis, diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen sebagai variasi bagi anjing Bologna. Hakikat bahawa bolonka berwarna Rusia tidak diiktiraf berpunca daripada kekurangan kelab kenel kebangsaan di Rusia, selepas kejatuhan Komunisme. Tanpa kelab kebangsaan aktif, Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak mengiktiraf anjing Rusia; sebagai tambahan, telah ada laporan tentang ketidaknalaran penyimpanan rekod sejak itu di Rusia zaman kini.[5] Pada Januari 2013, Nordic Kennel Union secara rasmi menerima Russkaya Tzvetnaya Bolonka dan bukan Bolonka Zwetna, dan sejak itu ia telah diizinkan untuk menyertai pertunjukan anjing di negara anggota NKU: Denmark, Norway, Sweden, dan Finland.[6] American Kennel Club menambahkan Russian Tsvetnaya Bolonka ke dalam Program Khidmat Ternakan Asasi pada tahun 2015[7] dan menempatkan baka ini dalam Kumpulan Mainan.[8] Bolonka berwarna Rusia dianggap sebagai yang terjarang daripada jenis bichon.

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: بولونکا برورنا روسيا; Rusia: ру́сская цветна́я боло́нка, rumi: rússkaja cvetnája bolónka; bahasa Inggeris: Russian coloured bichon; Russian tsvetnaya bolonka

Rujukan

sunting
  1. ^ Freudenthal, Thomas. "Bolonka e-book « Bolonka-Info" [E-buku bolonka « Bolonka-Info]. Bolonka-info.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 22 Mac 2024.
  2. ^ Bassett, Clifford W. (Mei 2002). "Pets and allergies: Minimizing the reaction" [Haiwan peliharaan dan alahan: Meminimumkan tindak balas]. Asthma Magazine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 7 (3): 31–32. doi:10.1067/mas.2002.125044. ISSN 1088-0712.
  3. ^ Grady, Denise (5 Februari 1997). "Nonallergenic Dog? Not Really" [Anjing Tidak Alergenik? Tidak Juga]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mac 2024.
  4. ^ "The Interview with Petra Lindberg", includes pictures of the Russian Tsvetnaya Bolonka and discusses countries where it is recognised (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 28 September 2008 di Wayback Machine
  5. ^ "AFGHAN HOUND BREED HISTORY - RUSSIA" [SEJARAH BAKA ANJING PEMBURU AFGHAN - RUSIA] (dalam bahasa Inggeris). 22 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2008. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  6. ^ (22 Mei 2013). Uusia rotuja Suomessa (dalam bahasa Finlandia). Persatuan Baka Botak Finland. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  7. ^ "Russian Tsvetnaya Bolonka History & Training/Temperament" [Sejarah dan Pelatihan/Perangai Bolonka Berwarna Rusia]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mac 2024.
  8. ^ "Russian Tsvetnaya Bolonka" [Bolonka Berwarna Rusia]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mac 2024.