Bo-Kaap
Bo-Kaap (“di atas Tanjung" dalam bahasa Afrikaans) ialah kawasan Cape Town, Afrika Selatan dulu dikenali sebagai Malay Quarter (Kawasan Melayu). Kawasan ini bekas perbandaran, terletak di cerun Bukit Signal di atas pusat bandar dan merupakan pusat sejarah budaya Melayu Cape di Cape Town. Masjid Nurul Islam, didirikan pada tahun 1844, terletak di kawasan tersebut.
Bo-Kaap | |
---|---|
Koordinat: 33°55′15″S 18°24′55″E / 33.92083°S 18.41528°EKoordinat: 33°55′15″S 18°24′55″E / 33.92083°S 18.41528°E | |
Negara | Afrika Selatan |
Wilayah | Cape Barat |
Perbandaran | Bandar Cape Town |
Didirikan | 1760 |
Keluasan | |
• Jumlah | 0.95 km2 (0.37 batu persegi) |
Penduduk (2011)[1] | |
• Jumlah | 3,203 |
• Kepadatan | 3,400/km2 (8,700/batu persegi) |
Komposisi kaum (2011) | |
• Afrika Hitam | 9.0% |
• Kulit berwarna | 66.0% |
• India/Asia | 3.4% |
• Putih | 4.3% |
• Lain-lain | 17.3% |
Bahasa pertama (2011) | |
• Bahasa Inggeris | 64.0% |
• Bahasa Afrikaans | 30.3% |
• Lain-lain | 5.7% |
Zon waktu | UTC+2 (SAST) |
Poskod (jalan) | 8001 |
Kod kawasan | +27 (0)21 |
Bo-Kaap dikenali kerana rumah berwarna terangnya dan jalan batu bundar. Kawasan tersebut ialah kejiranan pelbagai budaya mengikut tradisi, dan 56.9% penduduknya mengenal pasti sebagai orang Islam.[2] Menurut Agensi Sumber Warisan Afrika Selatan, kawasan tersebut mengandungi concentration terbesar seni bina pra-1850 di Afrika Selatan, dan merupakan kejiranan kediaman yang paling lama bertahan di Cape Town.[3]
Muzium Bo-Kaap
suntingMuzium, yang bangunannya telah wujud sejak 1760-an, ialah rumah tertua di kawasan tersebut yang masih dalam bentuk asalnya. It highlights sumbangan budaya yang dibuat oleh peneroka Islam terawal, kebanyakannya tukang jahit, tukang kayu, pembuat kasut dan jurubina yang mahir. Ia mengandungi perabot abad ke-19 yang termasuk meja makan daun yang baik, kerusi gaya Keregenan Cape dan kamar pengantin perempuan dihias untuk memadankan baju pengantin.
Muzium tersebut dapat dibezakan oleh voorstoepnya, sejenis teres depan dengan bangku di setiap hujung menitikberatkan aspek pengutub budaya Islam Cape. Muzium tersebut mempamerkan gaya hidup keluarga Islam Cape abad ke-19 yang makmur bersama dengan fotograf hitam putih kehidupan harian di kawasan tersebut.[4]
Galeri
sunting-
Warna dasar Bo-Kaap
-
Seniman tempatan, Christopher Reid, Lukisan en plein air di Bo-Kaap.
-
Rumah gaya British Bo-Kaap
-
Muzium Iziko Bo-Kaap
-
Di belakang Muzium Iziko Bo-Kaap
-
Masjid Auwal: yang tertua di Afrika Selatan
-
Rumah Jalan Chiappini
-
Latar harian di Bo-Kaap
-
Pemandangan Bukit Signal dari Bo-Kaap
-
Jalan Pentz
-
Mural bercat di 93 Wale Street
-
73, Jalan Chiappini
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Sub Place Schotsche Kloof". Census 2011.
- ^ Kotze, Nico (2013). "A community in trouble?". Urbani Izziv. 24 (2): 124–132. doi:10.5379/urbani-izziv-en-2013-24-02-004. JSTOR 24920888.
- ^ Ishmail, S (2019-05-02). "Recognition for Bo-Kaap as 19 sites to be declared National Heritage Sites". IOL. Dicapai pada 2019-05-02.
- ^ Planet, Lonely. "Bo-Kaap Museum in Cape Town, South Africa". Lonely Planet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-15.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bo-Kaap |