BoBoiBoy Galaxy Card
BoBoiBoy Galaxy Card merupakan sebuah permainan kad yang dibuat dan diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia berdasarkan siri animasi TV popular Animonsta, BoBoiBoy Galaxy.[1]
Kad permainan ini dijual dalam paket-paket, dan 4.5 juga paket (setiap satu mengandungi 6 kad watak) telah diedarkan ke peruncit-peruncit terpilih dalam Malaysia.[2] Di Indonesia, BoBoiBoy Galaxy Card boleh didapati dengan membeli pek snek Smax Surprize yang mempunyai label istimewa.
Cara bermain
suntingPermainan ini memerlukan dua pemain, dan setiap pemain perlu mempunyai minimum 20 kad di dalam dek mereka. Setiap kad mempunyai nilai ATK (serangan) dan HP (nyawa): ATK mementukan berapa banyak HP akan dipotong dari kad pihak lawan selepas serangan dibuat, manakala HP menentukan berapa banyak serangan boleh diterima oleh sesuatu kad sebelum ia dikalahkan. Tambahan pula, sesetengah kad mempunyai 'efek' istimewa yang memberikan bonus unik apabila berhadapan situasi atau kad tertentu.[3][4]
Kawasan permainan terbahagi kepada tiga zon:
- Zon Aktif: kad yang ingin dimainkan akan diletak di sini.
- Zon Menang: kad yang telah menang akan diletak di sini. Siapa yang berjaya mengumpul lima kad di Zon Menang akan memenangi permainan itu.
- Zon Kalah: kad yang telah dikalahkan akan diletak di sini.
Pada permulaan pusingan, kedua-dua pemain akan mengambil tiga kad daripada dek mereka dan memilih satu kad yang akan digunakan untuk menyerang, dan meletakkannya di Zon Aktif. Selepas mengenakan efek (jika ada) dari setiap kad, pemain akan serang dengan memotong HP kad lawan berdasarkan nilai ATK kad serangan itu. Batu-gunting-kertas akan dimainkan untuk menentukan siapa akan memulakan serangan seterusnya. Apabila HP sesuatu kad telah dikurangkan kepada kosong, kad itu dianggap telah kalah dan diletakkan dalam Zon Kalah, manakala kad penyerang akan diletakkan dalam Zon Menang. Ini diulangi sehingga salah seorang pemain berjaya mengumpul lima kad dalam Zon Menang dan diisytiharkan sebagai pemenang.
Maklumat produk
suntingMalaysia
suntingBoBoiBoy Galaxy Card boleh dibeli melalui laman web Monsta, dan juga di beberapa peruncit dalam talian dan fizikal yang terpilih.[5][6] Setiap paket mengandungi 5 kad biasa, dan 1 kad istimewa.
Set kad yang penuh juga boleh dibeli dalam bentuk pek: Pek Adiwira, Pek Lagenda, dan Pek Unggul.[7] Pek tersebut terus memberi satu set lengkap tanpa perlu mengumpul paket-paket kecil 6 kad. Setiap pek mengandungi:
- Pek Adiwira (2016): mengandungi jumlah 54 kad dalam 9 paket
- Pek Lagenda (2017): mengandungi jumlah 36 kad dalam 6 paket
- Pek Unggul (2018): mengandungi 54 kad dalam 9 paket
- Pek Elemental (2019): mengandungi 54 kad dalam 9 paket
- Pek Fusion (2019): mengandungi 54 kad dalam 9 paket
- Pek Versus (2020): mengandungi 54 kad dalam 9 paket
- Pek Impak (2020): mengandungi 54 kad dalam 9 paket
Setiap pek mengandungi set-set 9 kad yang boleh disusun dan digabung menjadi satu gambar poster besar.
Indonesia
suntingDi Indonesia pengeluar snek, Smax, telah bekerjasama dengan Animonsta untuk mengedar BoBoiBoy Galaxy Card dalam pek snek Smax Surprize yang mempunyai label istimewa.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Monsta goes big with BoBoiBoy sequel and more". New Straits Times. 2018-10-01. Dicapai pada 2019-01-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Hanif, Afiq (2017-08-09). "Edar 4.5 juta pek kad Boboiboy Galaxy". HM Online. Dicapai pada 2019-01-18.
- ^ Monsta, Cara-Cara Bermain - BoBoiBoy Galaxy Card, dicapai pada 2019-01-22
- ^ KamenSlasherz, DUEL TERHEBAT!!! Abang Kamen VS ??? Kad Boboiboy Galaxy, dicapai pada 2019-01-22
- ^ "Siapa sini yang mahukan kad BoBoiBoy Cahaya? Facebook post". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-22. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Kumpulkan ✨BoBoiBoy Galaxy Card korang! Facebook post". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-22. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Cards | Official Website". monsta.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-22. Dicapai pada 2019-01-22. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Smaxville | BoBoiBoy Cards". smaxville.co.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-29. Dicapai pada 2019-01-22. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)