Milizia Volontaria per la Sicurezza Nazionale

Kumpulan separa tentera fasis Itali
(Dilencongkan daripada Blackshirts)

Milizia Volontaria per la Sicurezza Nazionale (MVSN, "Militia Sukarelawan untuk Keselamatan Negara") adalah sayap separa tentera Parti Fasis Nasional yang kemudiannya menjadi militia sukarelawan Negara Beraja Itali pada tahun 1923. Anggota-anggotanya mengenakan seragam berwarna hitam (maka kelompok ini juga diberi jolokan Baju Hitam - Itali: Camicie Nere (jamak), Camicia Nera (tunggal)) dan mereka setia kepada Benito Mussolini yang merupakan Duce (pemimpin) gerakan fasisme Italia. Kelompok paramiliter ini terdiir daripada kaum intelektual nasionalis, mantan askar tentera, dan tuan tanah muda yang menentang kesatuan-kesatuan buruh dan petani.

Kelompok ini menjadi semakin menonjol kekerasan seiring bertambahnya kekuasaan Mussolini, dan mereka melakukan kekerasan dan langkah menakutkan terhadap musuh-musuh Mussolini.[1]

Pada tahun 1943, MVSN diintegrasikan dengan Tentera Darat Diraja Itali selepas termeterainya Peletakan Senjata Cassibile.

Rujukan

sunting
  1. ^ Bosworth, R. J. B, Mussolini's Italy: Life Under the Fascist Dictatorship, 1915–1945 (Penguin Books, 2005), hlm. 117