Black mouth cur

(Dilencongkan daripada Blackmouth Cur)

Black mouth cur,[a] yang juga dikenali sebagai southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur, ialah satu baka anjing jenis cur bersaiz sederhana hingga besar dari Amerika Syarikat. Dengan asal usul dari selatan negara itu, baka ini ialah rakan pemburu popular yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan.

Black mouth cur
Nama lainVermont cur
Vermont black mouth cur
Yellow black mouth cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan Minimum 40 paun (18 kg)
Betina Minimum 35 paun (16 kg)
Tinggi 16–25 inci (41–64 cm)
Bulu Pendek
Warna Kuning, perang kekuning-kuningan, perang, brindle, atau hitam dengan muncung hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Asal usul black mouth cur adalah di Amerika Syarikat Selatan. Di sana, ia dikenali dengan sebilangan nama termasuk southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur.[1][2] Terdapat sebilangan cerita tentang keleluhuran baka ini, cerita yang paling lazim diterima ialah bahawa baka ini diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Mississippi selatan oleh peneroka Eropah. Anjing Eropah ini yang menjadi leluhur termasuk malinois Belgium.[1] Dalam persekitaran ini, anjing ini dibiakbakakan menjadi bentuk semasanya sebagai anjing pemburu popular jenis cur, dan dari Mississippi ia tersebar ke pergunungan Kentucky, Missouri, Carolina Utara, dan Tennessee; dan akhirnya ke rantau Big Thicket di Texas Tenggara.[1] Watak judulan dalam novel Old Yeller karya Fred Gipson didakwa sebagai black mouth cur.[2] Pada tahun 1987, sebuah kelab baka dibentuk untuk menyokong baka ini, iaitu Southern Black Mouth Cur Breeders Association ("Persatuan Pembiak Baka Southern Black Mouth Cur"), dan pada tahun 1998 baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club.[1][3] Pertubuhan-pertubuhan penyelamatan anjing negeri utara telah giat memindahkan anjing penyelamatan baka ini dari tempat perlindungan di selatan.[perlu rujukan]

Florida

sunting

Ia merupakan penyumbang genetik yang diketahui kepada "anjing perang Florida" yang merata dan terabai.[4] Anjing ini dikenali dengan bermacam-macam nama seperti Florida cur, Florida cow dog ("anjing lembu Florida"), Florida/Cracker cur, dan/atau Florida Cracker dog.[5] Dengan asal usul dari Florida, gembala lembu yang tahan lasak dan berani ini telah berkhidmat sebagai pertahanan terhadap kucing liar, babi hutan, dan beruang sejak zaman awal penternakan lembu di rantau ini. Florida cracker cur tidak dibiakbakakan untuk penampilan, tetapi sebaliknya untuk kebolehan kerjanya. Ia biasanya mempunyai tubuh berotot dan muncung cukup terbentuk. Berbanding dengan cur lain, ia cenderung untuk bersaiz lebih besar dan bertulang lebih besar. Warna lapis bulunya termasuk perang, putih, atau hitam, kerap dengan tompok-tompok putih pada kaki dan dada. Ia kerap dikelirukan dengan black mouth cur.[A] Ia mewakili campuran pelbagai warisan dan ciri. Kebanyakan anjing perang Florida mempunyai campuran anjing pengutip Labrador, sedikit black mouth cur, dan sedikit hound dalam keleluhurannya.[8] "Nip" dan "Tuck" merupakan Florida Cracker cur yang dihadiahkan kepada salah seorang protagonis oleh Orang Indian dalam A Land Remembered, a history of Florida, novel terlaris karya Patrick D. Smith.

Perihal

sunting
 
Seekor black mouth cur yang menunjukkan topeng melanisme tipikal di sekeliling muncung

Penampilan

sunting

Black mouth cur ialah baka anjing bersaiz sederhana hingga besar, atletik, dan berotot.[1][9][10] Baka ini berbeza-beza dari segi ketinggian dan biasanya berdiri setinggi 16–25 inci (41–64 cm) dengan anjing individu yang diketahui mencapai 28 inci (71 cm).[1][9][10] Piawaian baka mewajibkan ketinggian minimum 18 inci (46 cm) untuk jantan dan 16 inci (41 cm) untuk betina.[3] Baka ini biasanya berukuran seberat 45–100 paun (20–45 kg),[9][10] dengan piawaian baka yang mengizinkan individu yang jelas lebih ringan daripada yang tipikal, dengan menyatakan minimum 40 paun (18 kg) untuk anjing jantan matang dan 35 paun (16 kg) untuk anjing betina matang.[3] Black mouth cur mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang biasanya berwarna kuning, perang kekuning-kuningan, atau perang muda, walaupun individu perang gelap, brindle, dan hitam diketahui.[1] Kepala baka ini lebar dan rata. Ia mempunyai telinga terkelepek dan muncung hitam yang jelas melanistik.[1] Ia mempunyai dada lebar, tungkai panjang, dan ekor panjang yang biasanya dibiarkan tidak terpotong.[1][9]

Perwatakan

sunting

Black mouth cur ialah baka amat aktif yang memerlukan banyak senaman. Baka ini berhati-hati terhadap orang asing dan diketahui sangat tegas melindungi kanak-kanak, kadang-kadang hingga membantah ibu bapa yang mendisiplinkan anak mereka. Banyak anjing diketahui bergerak balas dengan lebih baik kepada wanita pengendali.[2][9][10]

Ini ialah anjing berkuasa yang berbilang bakat sebagai penjaga, gembala, pemburu, dan anjing pengawas rumah ladang. Menurut sifatnya, ia amat berdikari dan memerlukan pemilik yang memimpinnya.[11][12]

Kegunaan

sunting

Black mouth cur digunakan secara meluas untuk perburuan di serata Amerika Syarikat Selatan. Baka ini juga digunakan sebagai anjing gembala.[1][2][9][11] Baka ini digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk beruang hitam Amerika, babi jalang, rakun, rusa, dan tupai; baka ini mempunyai reputasi sebagai pemburu pelahap yang biasanya menangkap dan membunuh binatang buruan di atas tanah, walaupun ia juga melakukan treeing dan pengepungan buruan.[1][2]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: بلک ماءوث کر

Catatan kaki

sunting
  1. ^ "Menurut sejarah, penjelajah Sepanyol De Soto membawa ternakan pertama Florida cracker cur bersama dengan beliau. Beliau tiba di Florida pada tahun 1539 dengan lembu. Memandangkan Florida cracker cur ialah anjing serba kerja dengan hidung tajam, ia sangat tersesuai terhadap tanah paya."[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 222–223. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  2. ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 203. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
  3. ^ a b c "Official UKC breed standard: Black Mouth Cur" [Piawaian baka rasmi UKC: Black Mouth Cur] (PDF). United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2000. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ kakitangan (25 Jun 2008). "What is Florida brown dog syndrome?" [Apakah sindrom anjing perang Florida?]. Sarasota Herald-Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.(langganan diperlukan)
  5. ^ Hudson, Stewart (8 Julai 2016). Florida Cracker Cur Training Guide [Panduan Pelatihan Florida Cracker Cur] (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace. ISBN 9781535160056.
  6. ^ "Florida Cracker Cur" [Florida Cracker Cur] (dalam bahasa Inggeris). Gun dog Central. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  7. ^ "Florida Cracker Cur" [Florida Cracker Cur]. 101dogbreeds (dalam bahasa Inggeris). dogbreeds.com. 10 November 2023. Dicapai pada 4 Mei 2024. These dogs get their name from the Florida cowboys, originally colonial British settlers. Due to the sound of their whips, they are also called “Crackers” and used to drive cattle across expansive plains.
  8. ^ Drew, Hubert (18 Ogos 2022). "What is a Florida cracker cur dog?" [Apakah Florida cracker cur dog?] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.
  9. ^ a b c d e f De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 291. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.
  10. ^ a b c d Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 158. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
  11. ^ a b Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 189. ISBN 9781612125923. OCLC 952855172.
  12. ^ Hoppendale, George; Moore, Asia (16 Januari 2017). Black Mouth Cur: Complete Owners Manual [Black Mouth Cur: Panduan Lengkap Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). IMB Publishing. ISBN 9781912057634. OCLC 986760416.

Pautan luar

sunting