Black (penyanyi)

Penyanyi dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan daripada Black Hanafiah)

Hanifah Muhammad Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black (lahir 21 Disember 1987) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Black
Black mengadakan persembahan di konsert Twisties Bingit 2010.
Kelahiran
Hanifah bin Muhammad Hanafiah[1]

(1987-12-21) 21 Disember 1987 (umur 37)
Nama lainBlack Hanifah
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNaquia Yasirah (k. 2013)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, rock, balada
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Pengkarya berkait
Meet Uncle Hussain, Malique, Noraniza Idris, Syamsul Yusof

Sebelum menyertai rancangan Mentor, beliau pernah menghasilkan album single "Aku Rindu Sayang Kamu". Black turut memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Hensem ABPBH 2009. Beliau kemudiannya menyertai Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) sebagai Taja.[2] Pada tahun 2013, beliau telah menukar nama pentasnya kepada Black Hanafiah. Beliau juga pernah memasuki rancangan "Oops Terkena!" pada tahun 2020, dimana beliau mengganas ketika dikenakan prank.

Kerjaya muzik

sunting

Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat Mentor yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.[3]

"Aku Rindu Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.[4]

 
Black (tengah) bersama Meet Uncle Hussain.

Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009.[5] Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.[6]

Pada tahun 2010, Black diundang pula oleh Ratu Pop Etnik tersohor negara, Noraniza Idris untuk berkolaborasi menerusi lagu Kuasa Cinta yang berkonsepkan Zapin-Rock. Lagu yang digubah oleh Edrie Hashim dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album Noraniza Idris sendiri pada tahun 2010 dan apabila menjadi kolaborasi antara Noraniza dan Black, Kuasa Cinta berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) serta dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.

Selain itu, beliau turut menyumbangkan lagu tema filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang bertajuk "Selamat Tinggal Masa" yang menampilkan duet bersama Syamsul Yusof.[7]

Kehidupan peribadi

sunting

Pada 2013, Black telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassan dengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob. [8]

Pada 2015, pasangan ini dikurniakan anak sulung pertama mereka iaitu bayi lelaki [9] yang diberi nama Khaleef Dayyan. Pada 2018, Black sekali lagi dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan yang diberi nama Rindu Dayyana [10] [11] [12]

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Single

sunting
  • Aku Rindu Sayang Kamu (2009)
  • "Drama King" duet bersama Meet Uncle Hussain (2009)
  • Sofea Jane (2010)
  • "Kuasa Cinta" duet bersama Noraniza Idris (2010)
  • Teman Pengganti (2012)
  • Takkan Terpisah (2013)
  • Mana Mungkin (2015)
  • Anugerah Terindah (2016)
  • "Rempuh" duet bersama Tomok (2017)
  • Sakit Ku Rasa (2017)
  • Pot Pet (2018)
  • Leraikan (2019)
  • Sabar (2020)
  • Hanyut (2021)
  • Dua Darjat (2022)
  • Di Hujung Mimpi (2023)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Longkai Ketum Filem pertama
2021 Hutang 2D Han
Frontliner Dirinya sendiri
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Dewa Cintaku Niki TV3
2013–2014 OMG (Ohsem Music Group) The Series Bai
2020–2021 Potong Long Selar Astro Warna Pelakon undangan
2022 Tumpang Lalu Bang Sobri TV9

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 OMG Kelaut Bai TV3
2023 Hello Suri Husin

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
2020 Oops Terkena (Episod 8) Awesome TV
2021 Mesyuarat Tingkap

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Protege: Black Diarkibkan 2009-08-22 di Wayback Machine, Mentor 3, TV3. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Black Mentor Antara Vokalis MUH Di Pentas RTW9.
  3. ^ Roslen Fadzil (13 Julai 2009). "Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-25. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  4. ^ Miss Ayu (11 Januari 2010). "Aizat Juara AJL24". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-14. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  5. ^ Syaliza Shapiansuri (30 Ogos 2009). "Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  6. ^ Li Ee Kee (27 November 2009). "Meet Uncle Hussain Masih Berbisa". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  7. ^ Mohd Riduan Rizal Ahmad (6 Mac 2018). "Selamat Tinggal Masa merupakan single baharu Black bergandingan dengan Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-03. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  8. ^ 6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ.
  9. ^ Anak sulung Black lahir sebulan awal. harian metro. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
  10. ^ Rindu Dayyana nama anak kedua Black Hanifah. utusan. Dicapai pada 18 November 2018.
  11. ^ Black Hanafiah teruja bakal timang anak perempuan. mstar. Dicapai pada 18 November 2018.
  12. ^ Black Hanifah bakal timang cahaya mata kedua. utusan. Dicapai pada 11 Disember 2018.

Pautan luar

sunting