Bisaya
Bisaya adalah suku kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo(Sabah), Malaysia dan hanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias(Klias River),Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Suku Kaum Bisaya mempunyai banyak persamaan dengan suku kaum Dusun Tatana terutama sekali dari segi bahasa. Ini terbukti sebilangan percakapan bahasa dialog mereka hampir sama jika mereka berdialog sesama sendiri.
Jumlah penduduk | |
---|---|
s. 140,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Brunei: 45,000[1] Malaysia Sarawak: 7,000 (1984)[2] Sabah: 74,000[3] Amerika Syarikat: 14,000[4] | |
Bahasa | |
Bahasa Bisaya dan Bahasa Melayu | |
Agama | |
Majoriti Islam (Sabah dan Brunei), serta Minoriti Kristian dan Animism (Sarawak) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Murut, Lun Bawang, Kadazandusun, Dayak |
Koordinat: 04°36′36″N 114°51′55″E / 4.61000°N 114.86528°E
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: Gaya penulisan yang kurang kemas. (Februari 2013) |
- 'Bisaya merupakan etnik atau kaum asli yang berada di borneo sekitar beratus-ratus masihi dan merupakan etnik pertama yang telah memeluk islam. Ini disebabkan kaum bisaya sabah merupakan etnik yang beribu-ribu tahun lamanya yang telah wujud di kawasan borneo dan mempunyai kaitan pertalian dekat kepada dusun tatana.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya pertama adalah Awang Alak bertatar atau dikenali sebagai Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian dan mereka terlalu menitik berat terhadap hukum hakam islam. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Walaupun suku kaum ini dikatakan berkait dengan Visayas yang berada di Filipina namun tetapi suku kaum Bisaya ini hanya ditemui dan didapati kewujudan kaum mereka di Borneo sahaja iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Ini kerana suatu ketika dahulu ada terdapat sebilangan kaum Bisaya yang telah melakukan penghijrahan beramai-ramai ke sana disebabkan oleh faktor ekonomi atau pengaruh politik yang tidak disenangi oleh sebilangan mereka. Dikatakan mereka selepas mereka melakukan penghijrahan ke sana pada beratus-ratus abad lamanya , mereka menukarkan visi kaum mereka bisaya kepada visayas kerana tidak mahu berkait rapat dengan Suku Kaum Asli Bisaya yang terdapat di borneo suatu ketika dahulu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau dikenali sebagai Pulau Paraca oleh Kaum Bisaya ini telah wujud beribu-ribu abad lamanya seawal 977 Masihi dan ini telah mengakibatkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong mereka ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti oleh Para Pengkaji Sejarah dan diteliti bahasa pertuturan mereka menujukan bahawa banyak persamaan lebih dekat kepada Bahasa Melayu yang mempunyai hubung kait bahasa melayu yang diamalkan oleh pemerintahan Kesultanan Melayu Barunai(Brunei).
Sejarah bangsa Bisaya
suntingMengikut legenda, nenek moyang Bisaya yang berasal dari barat laut borneo yang bersama satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, iaitu Sultan Brunei yang Pertama.
Catatan Sejarah dari China
suntingMenurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (P’o-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai seorang Muslim. Ini kerana Sultan Mohammad Shah mempunyai hubungan yang kukuh dengan Maharaja China Suatu ketika dulu.
Catatan Sejarah Tempatan
suntingPeti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.[5]
Asal usul perkataan Bisaya
suntingMenurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan "Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.Sama ada perkataan Bisaya itu berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara bertulis.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.
Fakta Bisaya
suntingBangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah lama wujud dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu abad lamanya yang lalu. Bangsa bisaya pada zaman dahulu adalah merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani , ditakuti dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain.
Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya sangat mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau iaitu alat tradisi yang dihasilkan oleh mereka sendiri dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Ini terbukti sehingga ke hari ini sebilangan kaum bisaya gemar untuk ke sungai atau laut untuk menangkap ikan. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.
Sultan Awang Koyoh
suntingSejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu pohon rumbia juga turut ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping pengeluaran padi yang berterusan atau meranau.
Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anak-anak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan.
Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.
Lagu untuk mendodoi anak:
"Awang koyoh memang bijak,
ilmu baginda memang tinggi, dimana saja baginda memijak, nescaya tanah menjadi tinggi’ |
Ketua Kaum Bisaya
suntingLebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi.
Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi.
Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 Masihi.
Peninggalan Senjata Lama
suntingSejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang atau Karusani. Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga kini.
-
Keris sebenar mempunyai 15 luk
Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu.
Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.
Adat dan kebudayaan
suntingKaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:
- Tarian Liliput Bisaya
- Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
- Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)
- Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)
- Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)
- Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik
- Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo
- Tarik tali
- Bermain gasing
- Bermain layang-layang
- Ugang Bamboo
- Badaup terutama semasa menuai padi
- Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau
- Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah
‘Ya Bamban Ya Lukah,
Ya Bamban Eh Basari, Main Kita Si Ipar Muda, SiLukah Pandai Menari’ |
- Berambit/Bahambit
- menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar
- Lastik/Melastik
- Panah/Memanah
- Andiban/Alat membujak binatang liar
- Perubatan tradisional Bisaya
- Pakaian Tradisional Bisaya
- Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll.
Kemahiran Kraftangan
suntingSeperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Kraftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang terdapat di sini ialah kalambigas, lasok dan salihid.[6]
Rujukan
sunting- Selamat Jati; Sejarah Sosio Ekonomi Bisaya (Tesis 1990).
- Dr. Shafiq Sarawak Museum Journal (1989); “Bisaya Ethnography: A Brief Bisaya Report"
- Antarano Peranio; The Structure of Bisaya Society.
- Bewsher; Kumpulan tulisan Bewsher (Tuan Busa kajun Bisaya)
- Prof. Vernon L.Poritt; “Bapa Guru Bisaya”.
- Harrisson; Kaitan Bisaya Sarawak, Brunei dan Sabah; “Some origins and attitudes of Brunei Tutong-Belait-Dusun, North Boreneo “Dusun’, and Sarawak Bisayan (1958).
- Asmah Hj, Omar (1983), Araneta and Bernard (1960), Hussain Jamil & Newman(187); Bisaya language
- R.E. Stubbs (1968); Kegemilangan Bisaya.
- St. John (1862) Volume 2; Tulisan yang awal tentang kampung-kampung Bisaya.
- Rencana asal telah ditulis oleh Encik Haji A. S. Suhaili bin Haji O.T. Shatar, pesara kerajaan Sabah berdasarkan maklumat daripada moyang beliau pada 1961.
Nota kaki
sunting- ^ "Tutong, Bisayan in Brunei". Joshua Project. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
- ^ Raymond G. Gordon Jr., penyunting (2005). Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. SIL International. ISBN 1-55671-159-X.
- ^ Project, Joshua. "Bisaya, Sabah Bisaya in Malaysia". Joshua Project. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
- ^ "Bisaya, Sabah Bisaya in United States". Joshua Project. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
- ^ Sejarah Masyarakat Bisaya
- ^ "Kesenian dan kraftangan bisaya". 20 Ogos 2009.