Bini-Biniku Gangster
Bini-Biniku Gangster ialah sebuah filem aksi romantik komedi Malaysia 2011 arahan Ismail Bob Hashim terbitan Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, dan Zalif Sidek. Filem ini menceritakan kegiatan isteri-isteri Herry, dalam kumpulan kongsi gelap, ia ditayangkan pada 22 September 2011 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem.
Bini-Biniku Gangster | |
---|---|
Pengarah | Ismail Bob Hashim |
Penulis | |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Areel Abu Bakar |
Disunting oleh | Brian Ng (Kang) |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.82 juta[1] |
Pecah panggung | RM 4.71 juta |
Sinopsis
suntingManja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba-tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Pelakon
sunting- Shaheizy Sam sebagai Herry
- Yana Samsudin sebagai Manja (isteri pertama herry).
- Intan Ladyana sebagai Reanna (isteri kedua herry).
- Zalif Sidek sebagai Mat Saja
- Zul Handy Black sebagai Muza
- Boy Iman sebagai Totty
- Alex Yanz sebagai Min Siam
- Loo Mark Chin sebagai Tong Seng
- Siti Chubby sebagai Pekerja Kedai Bunga
- Hamid Gurkha sebagai Ayahanda Halim
- Aman Shah sebagai Ayahanda Razali
- Roslan Salleh sebagai Ayahanda Hasyim
- Lan Zailan sebagai Encik Daud
- Ken Chen Guan sebagai Robert
- Delimawati sebagai Salmah
- Kamal Faridz sebagai Bidin
- Shima Anuar sebagai Shima ( isteri ke 3 Herry).
Keluaran dan sambutan
suntingKeseluruhan
suntingKeseluruhan ini dilihat berjaya menghiburkan penonton. Jalan cerita yang ringkas dan situasi berpoligami digambarkan dengan menarik. Walaupun ada yang menyatakan bahawa filem ini sama dengan filem Hong Kong bertajuk My Wife is A Gangster, tetapi filem ini lain. Filem ini tidak terlepas daripada adengan-adengan yang meleret seperti pengenalan watak Reanna dan kisah cinta antara Harry dan Manja.
Lakonan yang ditonjolkan oleh Shaheizy Sam berjaya membantu dua watak utama (Intan & Yana) dalam menghayati watak mereka. Keserasian antara Harry & Manja berjaya dipersembahkan dengan baik oleh Sam dan Yana[2].
Kutipan
suntingFilem ini berjaya mendapat kutipan RM 3 juta pada enam hari tayangan[3]. Bagi penerbit filem ini, David Teo, beliau menjangkakan filem ini boleh mencapai kutipan lebih RM 6 juta bagi tempoh masa akan datang.
Rujukan
sunting- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-26. Dicapai pada 2011-10-03.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 2011-10-03.