Biji getah
Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong. Warnanya bergantung kepada baka pokok getah itu ada yang berwarna coklat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih.
Saiz dan sifatnya
suntingSaiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar kebiasaanya dalam lingkungan (20mm hingga 35mm). Kulit di bahagian permukaannya keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini. Isinya bewarna putih dan ia lembut serta kenyal. Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi jika sudah dan biji getah yang gugur ke bumi ini boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baru.
Permainan dahulukala
suntingBiji getah menjadi satu alat permainan kanak-kanak semasa dahulu untuk bermain laga buah getah. [1]
Kegunaan lain
suntingSelain itu biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan diperam atau dikenali sebagai Asam Rong. [2]
Biji getah juga mempunyai harga dipasaran. Ianya digunakan oleh pusat-pusat semaian untuk dibiak dan dicantumkan dengan mata tunas daripada baka klon-klon yang bermutu tinggi sebelum dijual kepada para pekebun. [1][pautan mati kekal]
Penyelidikan ke atas biji getah
suntingSelain itu, biji getah juga kini digunakan bagi menghasilkan minyak diesel.[3], [4][5]
Rujukan
sunting- ^ "Permainan Tradisional - Laga Biji Getah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-05. Dicapai pada 2009-05-18.
- ^ Keenakan Biji Getah Di Jerantut - Google cache.[pautan mati kekal]
- ^ Penyelidik UTP cipta biodiesel biji getah, Utusan Online.
- ^ Universiti Teknologi Petronas Rangkul Empat Pingat Emas Diarkibkan 2013-10-29 di Wayback Machine, Bernama.com
- ^ "Penyelidik UTP cipta biodiesel biji getah Berita dari utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-26. Dicapai pada 2008-06-26.