Bidaah (drama web)

Bidaah ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2025 arahan Mohd Fazli Yahya terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Vanida Imran, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 6 Mac hingga 5 April 2025.

Bidaah
GenreAgama
Ditulis olehEirma Fatima
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifEirma Fatima
PenerbitAhmad Arri Abdullah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Mac 2025 – 5 April 2025

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).

Namun, Baiduri segera menyedari bahawa ajaran rohani kumpulan tersebut mencurigakan, termasuk amalan perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.

Ketika Hambali (Fattah Amin), anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnul Rahmat) kembali dari Yaman, dia mula meragui ajaran tersebut dan bersama Baiduri, mereka bertekad untuk melindungi keluarga mereka dan mendedahkan kebenaran tentang kumpulan itu, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Malia Baby sebagai Habibah
  • Shazia Rozaini sebagai Mia
  • Nafiz Muaz sebagai Rizqi
  • Hanna Faresha sebagai Asyikin
  • Bibi Qairina sebagai Fatin
  • Iman Zulkarnain sebagai Jalil

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting