Bidaah (drama web)
Bidaah ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2025 arahan Mohd Fazli Yahya terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Vanida Imran, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 6 Mac 2025.
Bidaah | |
---|---|
Genre | Agama |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Eirma Fatima |
Penerbit | Ahmad Arri Abdullah |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Mac 2025 |
Sinopsis
suntingMengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari bahawa ajaran rohani kumpulan tersebut mencurigakan, termasuk amalan perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.
Ketika Hambali (Fattah Amin), anak kepada Walid kembali dari Yaman, dia mula meragui ajaran tersebut dan bersama Baiduri, mereka bertekad untuk melindungi keluarga mereka dan mendedahkan kebenaran tentang kumpulan itu, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.
Pelakon
sunting- Faizal Hussein sebagai Walid Muhammad
- Fattah Amin sebagai Hambali
- Riena Diana sebagai Baiduri
- Marissa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
- Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
- Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
- Nur Fathia Latiff sebagai Masyitah
- Malia Baby sebagai Habibah
- Nafiz Muaz
- Hanna Faresha sebagai Asyikin
- Bibi Qairina sebagai Fatin
- Iman Zulkarnain sebagai Jalil