Buluh
Buluh (juga dikenali sebagai aur atau bambu) merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem.
Buluh بولوه | |
---|---|
Hutan buluh di Kyoto, Jepun | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Supertribus: | |
Tribus: | Bambuseae |
Subsuku | |
Lihat senarai penuh di taksonomi Bambuseae. | |
Diversiti | |
[[Taksonomi Bambuseae|Sekitar 92 genus dan 5,000 spesies]] |
Buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik.[1] Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah serbaguna.
Genus dan geografi
suntingTerdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies.[2] Spesies ini boleh ditemui di pelbagai tempat dengan iklim berbeza sama ada di kawasan pergunungan yang sejuk ataupun kawasan tropika yang panas. Taburan adalah dari latitud 50° di Sakhalin sehingga ke utara Australia dan dari India sehingga ke kawasan Himalaya.[3] Selain itu, buluh juga boleh didapati di sub sahara Afrika serta di benua Amerika iaitu di kawasan negeri Atlantik Tengah[4] sehingga ke Argentina dan Chile. Benua Eropah tidak diketahui mempunyai apa-apa spesies buluh yang asli.[5] Babi Baru-baru ini, terdapat cubaan untuk menanam buluh secara komersial di kawasan Tasik Besar, timur-tengah Afrika terutamanya di Rwanda.[6][7] Beberapa syarikat di Amerika Syarikat juga menanam, menuai dan mengedarkan spesies seperti buluh moso.[8]
Jenis buluh
sunting- Buluh akar
- Buluh aloh bukit
- Buluh anap
- Buluh apo
- Buluh balai
- Buluh batu
- Buloh bersumpitan
- Buluh beting
- Buluh berang
- Buluh betong
- Buluh betong Burma
- Buluh brang
- Buluh pelang
- Buluh perindu
- Buluh busi
- Buluh duri
- Buluh engkalad
- Buluh cina
- Buluh galah
- Buluh giling
- Buluh hantu
- Buluh hitam
- Buluh jalu
- Buluh Jawa
- Buluh kapur
- Buluh kasap
- Buluh lemang
- Buluh madu
- Buluh minyak
- Buluh padi
- Buluh pagar
- Buluh pahit
- Buluh pepanjat
- Buluh pus
- Buluh raga
- Rebung buluh
- Buluh semantan
- Buluh semeliang
- Buloh sewor
- Buluh sikai
- Buluh sumbiling
- Buluh sumpitan
- Buluh telor
- Buluh tumpat
- Buluh yakyak
Pautan luar
suntingWikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Buluh |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Buluh |
- Pautan mengenai buluh Diarkibkan 2011-06-25 di Wayback Machine
- Spesies buluh gergasi (Dendrocalamus giganteus)
- Maklumat mengenai buluh Diarkibkan 2012-07-18 di Wayback Machine
- Persatuan Buluh Amerika
bangang
- ^ Farrelly, David (1984). The Book of Bamboo. Sierra Club Books. ISBN 0-87156-825-X.
- ^ Gratani, Loretta (2008). "Growth pattern and photosynthetic activity of different bamboo species growing in the Botanical Garden of Rome". Flora. 203: 77–84. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan). - ^ Bystriakova, N. (2003). "Distribution and conservation status of forest bamboo biodiversity in the Asia-Pacific Region". Biokepelbagaian dan Pemuliharaan. 12 (9): 1833–1841. doi:10.1023/A:1024139813651. Dicapai pada 12 Ogos 2009. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|month=
ignored (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "Arundinaria gigantea (Walt.) Muhl. giant cane". PLANTS Database. USDA.
- ^ editor-in-chief, Anthony Huxley, editor, Mark Griffiths, managing editor, Margot Levy. (1992). Huxley, A. (penyunting). Kamus Perkebunan RHS Baru. Macmillan New RHS Dictionary of Gardening. ISBN 0-333-47494-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "BAMBOO FARMING: AN OPPORTUNITY TO TRANSFORM LIVELIHOODS," The Sunday Times, 6 Jun 2010
- ^ "Cash in on Bamboo farming, Bazivamo urges farmers," Stevenson Mugisha, The New Times, 7 June 2010
- ^ McDill, Stephen. "Jurnal Perniagaan MS". Jurnal Perniagaan MS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 7 Julai 2011.