Bersin
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.
Unsur biologi
suntingBersin merupakan tindak balas penyesuaian kerana ia menyingkir hingus yang mengandungi zarah atau gangguan asing dan membersihkan rongga hidung. Semasa bersin, lelangit ("palate") lembut dan uvula lendut sementara belakang lidah menaik bagi menutup separa laluan ke mulut agar udara yang disingkirkan dari paru-paru boleh dikeluarkan melalui hidung. Oleh kerana penutupan muluh adalah separa, sejumlah besar udara ini biasanya turut dikeluarkan melalui mulut. Kekuatan dan tahap penyingkiran udara melalui hidung berbeza.
Mekanisma keseluruhan
suntingBersin biasanya berlaku apabila zarah asing atau pencetus luaran yang mencukupi melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung. Ini mencetus pengeluaran histamin, yang mengganggu sel saraf dalam hidung, menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigeminal. Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini, mengaktifkan otot pharynx dan trakheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut, menyebabkan pembebasan udara dan zarah biologi yang kuat. Kekuatan semulajadi bersin dikaitkan dengan pembabitan pelbagai organ pada bahagian atas badan – ia adalah tindak balas reflek yang membabitkan otot muka, kerongkong dan dada.
Bersin juga boleh dicetus oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh jangkitan hidung dan alahan.
Selain zarah asing yang mengganggu, alahan atau penyakit yang mungkin, satu lagi pencetus adalah pendedahan mengejut kepada cahaya terang - satu keadaan yang dikenali sebagai reflek bersin photik ("cahaya").
Pencetus yang lebih jarang, dilihat pada sesetengah individu, adalah perut yang penuh selepas banyak makan. Ini dikenali sebagai snatiasi dan dianggap kecacatan perubatan yang diwarisi secara genetik sebagai kecenderungan dominan autosomal.
Bersin tidak boleh berlaku semasa tidur disebabkan REM atonia - keadaan badan di mana motor neuron tidak dirangsang dan isyarat tindak balas tidak dihantar ke otak. Penggalak luaran yang mencukupi, bagaimanapun, mungkin menyebabkan seseorang sedar dari tidur untuk bersin, sungguhpun sebarang bersin yang berlaku selepas itu hanya berlaku dengan keadaan minimanya separa sedar.[1]
Epidemiologi
suntingSungguhpun secara umumnya tidak merbahaya pada individu sihat, bersin menyebarkan penyakit melalui titisan semburan berjangkit, biasanya antara 0.5 hingga 5 µm. 40,000 titisan boleh dihasilkan melalui bersin.[2]
Langkah pencegahan
suntingContoh langkah pencegahan adalah: menghembus sepenuhnya keluar udara dalam paru-paru yang jika tidak akan digunakan bagi bersin, menahan nafas sambil mengira sehingga sepuluh, mengerut hidung dan mengekalkan mata terbuka, atau memicit perlahan batang hidung selama beberapa saat.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan bersin biasanya nasihat bagi mengurangkan interaksi dengan pencetus, seperti menyimpan haiwan peliharaan di luar rumah bagi mengelakkan bulu haiwan tersebut; memastikan penyingkiran kotoran dan habuk secara berterusan dan tepat pada masanya melalui penjagaan rumah yang baik; menukar penapis bagi pendiang api dan unit pengendali udara; peranti penapis udara dan pelembap "humidifier"; dan mengelakkan dari zon perindustrian dan pertanian. Sesetengah orang bagaimanapun mendapati bersin menyeronokkan dan tidak ingin mengelakkannya.[3]
Kejadian dan amalan sejarah
suntingKetika zaman Yunani, bersin di anggap isyarat ramalan dari dewa Yunani. Sebagai contohnya, pada 401 BC, Jeneral Athens, Xenophon memberikan ucapan menggesa tenteranya untuk berjuang menentang Empayar Parsi. Seorang tentera menamatkan penutupnya dengan terbersin. Memikirkan bahawa bersin ini merupakan isyarat baik dari para dewa Yunani, tenteranya kagum. Satu lagi saat suci bersin bagi Yunani berlaku dalam kisah Odysseus. Isterinya yang menanti, Penelope mendengar bahawa Odysseus mungkin masih hidup, berkata bahawa dia dan anaknya akan membalas dendam kepada pelamarnya sekiranya dia kembali. Pada ketika itu, anaknya bersin dengan kuat dan Penelope ketawa dengan girang, pasti bahawa ia merupakan tanda dari para dewa. (Odyssey 17: 541-550).
Nota
sunting- ^ "A Moment of Science: Sleep On, Sneeze Not". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-20. Dicapai pada 2008-11-14.
- ^ Cole EC, Cook CE. Characterization of infectious aerosols in health care facilities: an aid to effective engineering controls and preventive strategies. Am k Infect Control. 1998 Aug;26(4):453-64. Sneezing can transmit many diseases PMID 9721404
- ^ Adkinson NF Jr. (2003). "Middleton's Allergy: Principles and Practice". Phytomedicine. (ed. 6).
Rujukan
sunting- Ancient Sneezing: A Gift from the Gods - Elaine Fantham, Professor of Classics at Princeton on NPR Radio.
- Why do my eyes close every time I sneeze? M.G., Sherborn The Boston Globe
Bacaan lanjut
suntingPautan luar
suntingCari sneeze dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- The Origins of Popular Superstitions and Customs - T. Sharper Knowlson (1910), a book that listed many superstitions and customs that are still common today.
- Cold and flu advice (NHS Direct)