Berembang bukit
Pokok Berembang Bukit (saintifik. D. sonneratioides) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Duabanga grandiflora (Roxb. ex DC).
[1]
Berembang bukit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Batang pokok tegak, setinggi 40-80 kaki, lurus kadang kala bercabang dari pangkal. Dahan bawah bercabang melenduk dari batang; ia panjang, halus, bercabang jarang-jarang, dan dahannya bersegi, sedikit tertutup dengan daun lebar besar. Oleh kerana daunnya tersusun dua baris, dahannya halus memiliki daun kompoun berpinat; daunnya seringkali melengkung, dan hijau gelap di bahagian atas dan hampir putih di bahagian bawah. Bunganya yang besar berkembang pada April, mengeluarkan bau haruman menyerupai asafoetida apabila mula kembang tetapi tidak berbau sebelum kelopaknya gugur. Batang stamennya condong kedalam dalam kudup. Buahnya sebesar buah apel kecil. Berkayu putih dan lembut.[2]
Galeri
sunting-
Daerah Jalpaiguri di Bengal Barat, India.
-
Daerah Jalpaiguri di Bengal Barat, India.
-
Daun pokok Berembang Bukit.
Rujukan
sunting- Hooker, Joseph Dalton (1855). Illustrations of Himalayan plants. London: L. Reeve. m/s. 55–56. LCC QK349.33 .H66 1855. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)