Bepang
ialah sejenis makanan manis
Bepang ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Ia diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair. Bepang sedap dimakan begitu sahaja.
Resepi
suntingBahan-bahan
sunting- 300 gm kacang tanah
- 100 gm bijan
- 300 gm gula pasir
Cara membuat
sunting- Kacang tanah dan bijan digorengkan tanpa minyak secara berasingan. Sejukkan.
- Buangkan kulit kacang tanah.
- Masakkan gula hingga menjadi karamel.
- Sapukan sedikit minyak dalam loyang empatsegi besar.
- Taburkan bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
- Tuangkan gula karamel tadi sehingga menutupi kacang dan bijan.
- Potong bepang ini bentuk panjang atau empat segi ketika masih panas.
- Sejukkan dahulu baru disimpan.