Bendera dan jata Perlis
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Negeri Perlis sahaja.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1870 |
Rekaan | Latar warna dibahagikan menjadi 2, "Kuning Emas" dibahagian atas, dan "Biru Gelap" dibahagian bawah. |
Jata Negeri Perlis | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Flag of a country subdivision (en) |
Diterima pakai | 1870 |
Jabaran | Perisai berlatar hijau, dengan bunga kuning beras, dan tulisan "Perlis", di dalam perisainya. |
Penopang/ penyokong | Padi Hijau. |
Cogan kata | Perlis. |
sunting · sunting di Wikidata |
Bendera Negeri Perlis
suntingBendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.
Jata Negeri Perlis
suntingLambang Negeri Perlis mempunyai lingkaran padi, perisai dan tulisan Jawi yang bertulis "Negeri Perlis". Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.