Bendera Saint Lucia
Bendera Saint Lucia mengandungi medan biru serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan segi tiga sama kaki hitam bertepi putih.[1] Diguna pakai pada tahun 1967 bagi menggantikan Panji Biru British dicacati dengan jata tanah jajahan, ia telah menjadi bendera Saint Lucia sejak negara berkenaan menjadi Negara Bersekutu United Kingdom pada tahun itu. Walaupun reka bentuk keseluruhan bendera itu kekal tidak berubah, aspek khusus bendera ini telah diubah selama bertahun-tahun.
Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1 Mac 1967 (kali terakhir diubah suai pada 2002) |
Rekaan | Medan biru muda dengan segi tiga emas yang kecil di belakang segi tiga sama kaki hitam bertepi putih yang besar di tengah. |
Direka oleh | Dunstan St Omer |
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1979 |
Sejarah
suntingPihak Perancis telah menjajah Saint Lucia pada tahun 1635 dan kemudiannya menandatangani sebuah perjanjian dengan penduduk asli tempatan 45 tahun kemudian pada tahun 1680.[2] Walau bagaimanapun, pihak British bersaing kawalan dengan Perancis, dan pulau itu kerap bertukar pemilik antara dua kuasa itu.[3] Ini bersambung hingga tahun 1814, apabila Perjanjian Paris ditandatangani yang melihat Perancis melepaskan Saint Lucia secara kekal kepada British,[3] dan ia menjadi jajahan mahkota United Kingdom dalam empayar jajahannya pada tahun yang sama.[2] Ketika zaman penjajahan pemerintahan Perancis dan British, Saint Lucia tiada bendera jajahan unik tersendiri.[4]
Pihak British akhirnya memberi Saint Lucia jata unik tersendiri pada bulan Ogos 1939. Perisai berjata terdiri daripada perisai hitam memaparkan dua kayu buluh membentuk palang, dengan dua ros Tudor melambangkan England dan dua fleur-de-lis melambangkan Perancis memenuhi empat sukuan itu. Lambang ini digunakan untuk mencacatkan Panji Biru British untuk membentuk bendera tanah jajahan itu.[4]
Pulau berkenaan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Hindia Barat dari tahun 1958 hingga tahun 1962.[2] Walau bagaimanapun, kesatuan politik ini ternyata tidak berjaya, dan pada 1 Mac 1967 – lama tahun selepas persekutuan itu dibubarkan – Saint Lucia menjadi Negara Bersekutu.[4] Ini memberikan wilayah itu kawalan penuh atas hal ehwal dalam negeri, manakala Britain mengekalkan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri dan pertahanan pulau tersebut.[2] Bendera baharu tanah jajahan ini, yang direka oleh pelukis tempatan Saint Lucia Dunstan St Omer,[5][6] telah diguna pakai pada hari yang sama.[7] Apabila Saint Lucia menjadi negara yang merdeka pada 22 Februari 1979, reka bentuk keseluruhan bendera itu dari dua belas tahun sebelum kekal tidak berubah,[7][8] but the blue colour's shade and the triangles' sizes were modified marginally.[4] Walapun pada hakikatnya pulau itu sudah ada bendera tersendiri pada masa pulau itu menjadi negara yang berdaulat, bendera Union Jack masih diturunkan bagi kali terakhir di majlis rasmi menandakan kemerdekaan.[9]
Reka bentuk
suntingWarna dan simbol bendera ini membawa makna budaya, politik dan wilayah. Warna biru melambangkan langit dan laut,[10] secara khusus Lautan Atlantik dan Laut Caribbean yang mengelilingi negara tersebut.[4] Hitam dan putih menyentuh hubungan harmoni antara kaum hitam dan putih. Kuning melambangkan sinar matahari,[4] serta kemakmuran.[10] Segi tiga melambangkan dua Piton,[7] iaitu kon gunung berapi berkembar yang terletak di bahagian barat daya pulau serta perpaduan;[4] Gros Piton dan Petit Piton ialah simbol kebangsaan Saint Lucia.[10]
Bendera sejarah
suntingBendera | Tempoh | Kegunaan | Huraian |
---|---|---|---|
1875–1939 | Bendera tanah jajahan Saint Lucia | Cogan kata Latin pada mohor tertulis: Templat:Sqc (lebih kurang, "Jarang sekali pengawal tidak setia untuk kapal"). | |
1939–1967 | Bendera tanah jajahan Saint Lucia | Panji Biru British dicacatkan dengan jata tanah jajahan. Ini mengandungi perisai hitam memaparkan dua kayu buluh membentuk palang, dengan dua ros Tudor melambangkan England dan dua fleur-de-lis melambangkan Perancis memenuhi empat sukuan. | |
1967–1979 | Bendera Saint Lucia | Medan serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan mata panah hitam bertepi putih. | |
1979–2002 | Bendera Saint Lucia | Medan biru serulean diisi dengan segi tiga kuning di hadapan mata panah hitam bertepi putih. Segi tiga kuning dibesarkan dan mata panah disempitkan. |
Rujukan
sunting- ^ "Flag of Saint Lucia". Dicapai pada February 28, 2017.
- ^ a b c d "St Lucia profile". BBC News. BBC. October 18, 2012. Dicapai pada September 26, 2014.
- ^ a b "History of St Lucia". Lonely Planet. Dicapai pada September 26, 2014.
- ^ a b c d e f g Smith, Whitney (June 26, 2014). "Flag of Saint Lucia". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada September 26, 2014. (langganan diperlukan)
- ^ Orr, Tamra (2008). Saint Lucia. Marshall Cavendish. m/s. 96.
- ^ Newton, Richard (February 12, 2000). "St Lucia: Michelangelo of the Caribbean". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-07. Dicapai pada October 1, 2014.
- ^ a b c Kindersley Ltd., Dorling (6 January 2009). Complete Flags of the World. Penguin. m/s. 36.
- ^ "Island of St. Lucia fights independence from Britain". The Telegraph-Herald. Dubuque, Iowa. United Press International. February 21, 1979. m/s. 23. Dicapai pada October 1, 2014.
- ^ "Little Caribbean island goes it alone". The Miami News. Associated Press. February 22, 1979. m/s. 2A. Dicapai pada October 1, 2014.
- ^ a b c "Saint Lucia". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada September 26, 2014.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bendera Saint Lucia |
- Flag of Saint Lucia di Flags of the World
- Code of Etiquette for the use of the National Flag of Saint Lucia
- The Flag of Saint Lucia information from the Government of Saint Lucia
- Saint Lucia Flag at World Flags 101
Templat:Flags of North America Templat:National Symbols of Saint Lucia