Bendera Liechtenstein
Bendera Liechtenstein terdiri daripada dua jalur mendatar yang seimbang, warna biru di atas, merah di bawah dengan mahkota emas di sebelah kepala (hoist). Warna-warna ini berdasarkan warna rasmi yang digunakan oleh keluarga diraja Liechtenstein pada abad ke-18. Bentuk mahkota ditambah ke dalam rekabentuk bendera pada 1937 apabila kerajaan Liechtenstein sedar semasa Sukan Olimpik 1936 bahawa bendera mereka mirip bendera Haiti. Rupa mahkota diubah sedikit pada 1982.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/47/Flag_of_Liechtenstein.svg/200px-Flag_of_Liechtenstein.svg.png)