Bendera Guinea-Bissau
Bendera Guinea-Bissau diperkenalkan pada 1973 selepas negara itu mendapat kemerdekaannnya daripada Portugal. Bendera ini memiliki warna-warna Pan-Afrika emas, hijau, merah dan juga mengandungi Bintang Hitam Afrika. Rekabentuk bendera ini dipengaruhi oleh bendera Ghana. Warna merah melambangkan darah yang dialir oleh pejuang-pejuang kemerdekaan, hijau untuk hutan belantara dan emas untuk kekayaan tanah galian.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/01/Flag_of_Guinea-Bissau.svg/250px-Flag_of_Guinea-Bissau.svg.png)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/68/FIAV_111111.svg/20px-FIAV_111111.svg.png)