Bekaba (album)
Bekaba ialah album studio kesembilan oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 23 Ogos 1999, oleh Suria Records, tujuh bulan selepas keluaran album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Seri Balas (1999).
Bekaba | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 23 Ogos 1999 | |||
Dirakamkan pada | Februari - Julai 1999 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Studio | Pro Recording Studio | |||
Genre | ||||
Panjang | 57:44 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
Single daripada Bekaba | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Bekaba mempertaruhkan single Tinting sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.
Ringkasan Album
suntingNoraniza Idris masih menggunakan konsep lagu yang sama. Kata Noraniza, dia tetap dengan irama Melayu tradisional. Mungkin kerana jiwa dia sudah sebati dengan alunan irama tersebut.
Ketika ditemui sesi fotografi di studio Utusan, Noraniza menyatakan bahawa dia tidak akan merasa bosan dengan irama tersebut. Bagi dirinya, perkataan bosan itu tidak pernah timbul tetapi apa yang diinginkan adalah memastikan lagu-lagu Melayu tradisional terus popular.
Noraniza berkata, masih banyak irama Melayu tradisional yang belum diterokai. Dia ingin menerokai dan seterusnya mempopularkan irama tersebut. Dalam album terbaru ini Noraniza berpeluang meluahkan apa yang diingininya sebelum ini, khususnya dalam memartabatkan irama tersebut.
Peluang ini memberikan dia keyakinan. Apa tidaknya, dia berkesempatan meluahkan apa yang dia inginkan dalam mengangkat irama tradisional. Malah dengan peluang ini juga Noraniza turut berkeyakinan album ini lebih memuaskan hati peminatnya. Bukan hanya kerana penerbitnya mempunyai pengalaman yang luas tetapi juga materialnya yang sememangnya cukup bagus,
Oleh itu tidak hairanlah jika untuk album kali ini ia tampilkan irama ngajat, zapin hanuman dan hadrah yang diselitkan dengan rentak masa kini. Noraniza tetap menyelitkan dengan rentak moden. Tetapi keasliannya tetap terpelihara. Penyelitan itu cuma untuk menyedapkan lagi bila didengar.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Kisah Barat" (Introduksi) | Hairul Anuar Harun | Tradisional Makyong | 3:50 | ||||||
2. | "Tinting" | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 5:29 | ||||||
3. | "Ngajat Tampi" | Siso | Rosli Selasih | 4:44 | ||||||
4. | "Panji Sumandak" | Tok Wan | To'ki | 5:57 | ||||||
5. | "Sapta" | Hairul Anuar Harun | Manan Ngah | 4:07 | ||||||
6. | "Selat Tebrau" | Ahmad Jusoh | Ahmad Jusoh | 4:26 | ||||||
7. | "Joget Si Kaduk Junjung" | Raja Kobat | Raja Kobat | 4:09 | ||||||
8. | "Laksana Dikata" | Megamutiara | Shireen Jasin Mokhtar | 5:00 | ||||||
9. | "Ya Kasih" | To'ki | 5:20 | |||||||
10. | "Sang Puteri" | Siso | Rosli Selasih | 4:10 | ||||||
11. | "Si Nara" | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 4:36 | ||||||
12. | "Tinting" (Minus One) | Hairul Anuar Harun | Pak Ngah | 5:29 | ||||||
Jumlah masa: 57:44 |
Info
suntingBekaba berjaya dicalonkan dalam kelompok top 5 menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM7) Tetapi Bekaba tewas kepada album Seri Balas yang dimenangi oleh Noraniza sendiri bersama rakan duetnya Siti Nurhaliza.