Bedil tombak
Bedil tombak atau bedil tumbak adalah sejenis senjata api awal dari kepulauan Nusantara. Senjata itu terdiri dari senjata api atau meriam kecil yang dipasang di tiang kayu, membentuk jenis senjata yang dikenal sebagai "meriam galah" (stangenbüchse dalam bahasa Jerman).[1]:256
Etimologi
suntingKata bedil adalah istilah dalam bahasa Melayu dan Jawa yang berarti senjata api (semua jenis senjata api, dari pistol kecil hingga meriam kepung besar).[2] Kata tombak atau tumbak sama dengan kata-kata Inggeris spear, pike, atau lance.[3]:81
Sejarah
suntingPengenalan senjata berasaskan mesiu di kepulauan Nusantara dapat ditelusuri dari serangan Mongol ke Jawa (1293), di mana pasukan China-Mongol menggunakan meriam (炮—Pào) melawan pasukan Kerajaan Kediri di Daha.[4]:1–2[5]:244-245[6][7] Antara abad ke-14 hingga 15, terdapat beberapa sumber tempatan menyebut tentang bedil (senjata berasaskan mesiu atau senjata api), tetapi kerana ini adalah istilah yang luas, berhati-hati harus diambil dalam menentukan jenis senjata yang digunakan dalam suatu rekod.[8][9] Sebuah meriam tangan kecil yang berasal dari tahun 1340 yang berasal dari Cina dijumpai di Jawa, tetapi tanggalan itu mungkin salah.[5]:275
Ma Huan (penterjemah Cheng Ho) mengunjungi Majapahit pada tahun 1413 dan membuat catatan mengenai adat istiadat tempatan. Bukunya, Yingya Shenlan, menjelaskan upacara perkahwinan orang Jawa: ketika suami membawa isterinya yang baru ke rumah perkahwinan, pelbagai alat muzik dibunyikan, termasuk gong, gendang, dan huochong (tiub tembak atau meriam tangan).[10][11]:245 Ada kemungkinan bahawa meriam tangan Jawa dimodelkan seperti meriam Cina. Sebuah meriam galah China dari tahun 1421 M telah dijumpai di pulau Jawa dengan tulisan nama Kaisar Yongle (1403–1425).[11]:245 Lubang pencucuhan dilindungi dari hujan oleh penutup yang bersambung dengan engsel.[1]:256
Haiguo Guangji (海国广记) dan Shuyu zhouzi lu (殊域周咨錄) mencatat bahawa Jawa sangat luas dan padat penduduknya, dan askar berbaju zirah dan meriam tangan (火銃—huǒ chòng) milik mereka menguasai laut timur.[12]:755[13][14]
Duarte Barbosa mencatat banyaknya senjata berasaskan mesiu di Jawa sekitar 1514. Orang Jawa dianggap sebagai pembina senjata api yang ahli dan penembak artileri yang baik. Senjata yang dibina di sana termasuk meriam satu paun (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, spingarde (arquebus), schioppi (meriam tangan), api Yunani, gun (bedil besar atau meriam), dan senjata api atau mercun lainnya.[15]:254[16][5]:224 Pada penaklukkan Melaka tahun 1511, orang-orang Melaka menggunakan meriam, senapang matchlock, dan "tiub tembak".[17]:146-147 Senjata serbuk mesiu Melaka bukan dibina oleh orang Melayu, tetapi diimport dari Jawa.[18]:3–4[19]:97–98
Babad (skrip sejarah) tempatan dari setelah abad ke-17 kadang-kadang menyebutkan bedil tombak.[20] Di Lombok contoh dari babad seperti itu adalah babad Lombok, babad Mengui, dan babad Sakra.[21]:93-96[22]:79, 83[23] Mereka juga disebut dalam skrip-skrip Sunda dan Bali.[24]:103[25]:128 Semasa perang Bali-Lombok (sekitar awal abad ke-19 hingga akhir abad ke-19), sebahagian pasukan Karangasem dipersenjatai dengan bedil tombak.[23]
Galeri
sunting-
Bedil tombak gangsa, umur dan tempat tertentu tidak diketahui.
-
Bedil tombak besi dari Majalengka, Jawa Barat, umur tidak diketahui.
-
Bedil tombak dan meriam pusing di Muzium Talaga Manggung, Jawa Barat.
-
Sebuah bedil (atau cetbang), ditemui di Sungai Brantas, Jombang, Jawa Timur.
Lihat pula
suntingRujukan
sunting- ^ a b Feldhaus, F. M. (1897). Eine Chinesische Stangenbüchse von 1421. Dalam Zeitschrift für historische Waffenkunde volume 4. Getty Research Institute. Dresden: Verein für historische Waffenkunde.
- ^ Kern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 54: 311–312. doi:10.1163/22134379-90002058.
- ^ Marsden, William (1812). A Dictionary of the Malayan Language (dalam bahasa Inggeris). Cox and Baylis.
- ^ Schlegel, Gustaaf (1902). "On the Invention and Use of Fire-Arms and Gunpowder in China, Prior to the Arrival of European". T'oung Pao. 3: 1–11.
- ^ a b c Partington, J. R. (1999). A History of Greek Fire and Gunpowder (dalam bahasa Inggeris). JHU Press. ISBN 978-0-8018-5954-0.
- ^ Lombard, Denys (2005). Nusa Jawa: Silang Budaya, Bagian 2: Jaringan Asia. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. m/s. 208.
- ^ Reid, Anthony (2011). Asia Tenggara dalam Kurun Niaga 1450-1680 Jilid II: Jaringan Perdagangan Global. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 255.
- ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. m/s. 317. ISBN 978-602-9346-00-8.
- ^ "Teknologi Era Majapahit – Nusantara Review". www.nusantarareview.com. Dicapai pada 2020-05-11.
- ^ Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: m/s. 178.
- ^ a b Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.
- ^ Hesheng, Zheng; Yijun, Zheng (1980). 郑和下西洋资料汇编 (A Compilation of Materials on Zheng He's Voyages to the West) Volume 2, Part 1. 齐鲁书社 (Qilu Publishing House).
《海国广记·爪哇制度》有文字,知星历。其国地广人稠,甲兵火铳为东洋诸番之雄。其俗尚气好斗,生子一岁,便以匕首佩之。刀极精巧,名日扒刺头,以金银象牙雕琢人鬼为靶。男子无老幼贫富皆佩,若有争置,即拔刀相刺,盖杀人当时拿获者抵死,逃三日而出,则不抵死矣。
- ^ Congjian, Yan (1583). 殊域周咨錄 (Shuyu Zhouzilu) 第八卷真臘 (Volume 8 Chenla). m/s. 111.
其國地廣人稠,甲兵火銃,為東洋諸番之雄。其俗尚氣好鬥。
- ^ Wenbin, Yan, penyunting (2019). 南海文明圖譜:復原南海的歷史基因◆繁體中文版 (Map of South China Sea Civilization: Restoring the Historical Gene of the South China Sea. Traditional Chinese Version). Rúshì wénhuà. m/s. 70. ISBN 9789578784987.
《海國廣記》記載,爪哇「甲兵火銃為東洋諸蕃之冠」。
- ^ Jones, John Winter (1863). The travels of Ludovico di Varthema in Egypt, Syria, Arabia Deserta and Arabia Felix, in Persia, India, and Ethiopia, A.D. 1503 to 1508. Hakluyt Society.
- ^ Stanley, Henry Edward John (1866). A Description of the Coasts of East Africa and Malabar in the Beginning of the Sixteenth Century by Duarte Barbosa. The Hakluyt Society. m/s. 198.
- ^ Gibson-Hill, C. A. (July 1953). "Notes on the old Cannon found in Malaya, and known to be of Dutch origin". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26: 145–174 – melalui JSTOR.
- ^ Charney, Michael (2012). Iberians and Southeast Asians at War: the Violent First Encounter at Melaka in 1511 and After. Di Waffen Wissen Wandel: Anpassung und Lernen in transkulturellen Erstkonflikten. Hamburger Edition.
- ^ Hasbullah, Wan Mohd Dasuki Wan (2020). Senjata Api Alam Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Mintosih, Sri (1999). Pengkajian Nilai Budaya Naskah Babad Lombok jilid 1. Jakarta: Dirjen Kebudayaan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
- ^ Suparman, Lalu Gde (1994). Babad Lombok (dalam bahasa Indonesia). Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. ISBN 978-979-459-395-0.
- ^ Wiranom (raden.) (1814). Babad (sejarah) Lombok: Babad Mengui (dalam bahasa Indonesia).
- ^ a b Suparman, Lalu Gde (1994-01-01). Babad Sakra (dalam bahasa Indonesia). Direktorat Jenderal Kebudayaan. ISBN 978-979-459-392-9.
- ^ Budisantoso, S.; Nusantara (Indonesia), Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan (1990). Hikayat Umar Maya (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Nusantara.
- ^ Sukartha, Nyoman; Mayun, Ida Bagus; Rupa, I. Wayan; Purna, I. Made (1995). Kajian nilai budaya dalam Geguritan Aji Dharma (dalam bahasa Indonesia). Proyek Pengkajian dan Pembinaan Nilai-Nilai Budaya Pusat, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.