Batu dakwat
Batu dakwat atau batu tinta (Cina Tradisional: 硯 , Cina Ringkas: 砚 , pinyin: yàn) ialah sejenis batu berupa lesung yang digunakan untuk mengisar dakwat kering sebelum ia dapat digunakan untuk tujuan menulis; ia khusus ada dalam seni khat Cina. Barangan ini tidak sahaja boleh dihasilkan daripada batu, tetapi juga tanah liat, gangsa, besi mahupun tembikar.
Cara menggunakan
suntingDakwat dipakai dalam penulisan Cina terkumpul dalam bentuk batang kering. Batang-batang ini lazim digiling pada hujung tapak batu agar ada suatu longgokan terkumpul - orang Cina lazim menggiling dakwat mengikut arah berpusing manakala orang Jepun menggiling ikut arah depan belakang.
Air dititiskan pada longgokan terkumpul sehingga ia melarutkan dakwat ini; larutan tersebut kemudiannya menurun dan bertakung jauh dari tempat dakwat digiling. Dakwat digiling dan dicairkan sehingga cukup larutan terhasil yang boleh dicelupkan sambil meninggalkan kesan pada kertas.
Galeri
sunting-
Batu dakwat Duan Hijau dari Dinasti Song (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat She dari Dinasti Song (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat Taohe dari Dinasti Song dengan tulisan dari Dinasti Ming (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat berpenutup tembikar berbentuk kura-kura, sekitar abad ke-6 hingga 7, Metropolitan Museum of Art
Rujuksn
sunting- Sumber utama
- T.C.Lai, Treasures of a Chinese Studio, Hong Kong, 1976.
- Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Chūgoku kenzai shūsei (A Compendium on Chinese Inkstones), Tokyo, 1980.
- Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Suzuri-ishi gaku (An Inkstone Encyclopedia), Tokyo, 1977.
- Yin-ting hsi-ch'ing yen-p'u (An Imperial Catalogue of the Western Brightness Collection of Inkstones), 24 chapters, preface 1778.