Batkhela
Koordinat: 34°37′N 71°58′E / 34.62°N 71.97°E
Batkhela (Pashto: بټ خيله, Urdu: بٹ خیلہ) adalah tehsil utama dan ibu daerah Malakand, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Menurut banci 1998, penduduk Batkhela adalah 38,222 orang,[1] dan ia dianggarkan 39,703 orang mengikut Gazetteer Dunia.[2] Batkhela adalah sebuah bandar perniagaan yang popular di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Terletak di kawasan lembah yang indah dilindungi oleh bukit tinggi dari semua arah dan terdapat banyak sungai-sungai yang mengalir pantas yang menumbang kepada landskap indah Batkhela. Satu terusan air yang disalurkan ke dalam sebuah empangan kecil di kawasan Jaban adalah sumber utama pengeluaran elektrik.
Batkhela
بټ خيله | |
---|---|
Bandar | |
Batkhela | |
Negara | Pakistan |
Provinsi/Wilayah | Khyber Pakhtunkhwa |
Daerah | Malakand |
Tehsil | Batkhela |
Ditubuh | March 1895 (British) |
Pentadbiran | |
• Jenis | Tehsil |
• Badan kerajaan | Majlis Kesatuan (3 kerusi) |
• Tehsil Nazim | Shahab Hussain (PPP) |
• L.U.C. Nazim | Saeed Amjad Ali Shah (PPP) |
• M.U.C. Nazim | Ihsan Ullah Khan (PPP) |
• U.U.C. Nazim | Saeed Ahmad (Jumat-e-Islami) |
Keluasan | |
• Bandar | 1,001 km2 (386 batu persegi) |
Penduduk (1998 Bancian.) | |
• Bandar | 38 222 |
Zon waktu | UTC+5 (PST) |
Laman sesawang | nwfp.gov.pk |
Hospital Ibu Pejabat Awam Batkhela merupakan hospital utama di daerah Malakand. Batkhela mempunyai deretan perniagaan bazar lebih daripada 2 kilometer panjang dan tidak ada persimpangan dan lampu isyarat sepanjang laluan deretan perniagaan bazar tersebut. Oleh itu ia adalah bazar yang terpanjang di Pakistan yang tidak mempunyai lampu isyarat atau simpang (persimpangan) di sepanjangnya.[3][4]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ http://www.citypopulation.de/Pakistan-20T.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-09. Dicapai pada 2013-02-09.
- ^ Malakand District: socio-political profile = Pattan Development Organization. Islamabad. 2006. LCCN 2007379799.
- ^ Mohammad Nawaz Khan (1995). Malakand: A journey through history. Gandhara Markaz. m/s. 12. ASIN B0006FBFNK.