Putat gajah

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Barringtonia pendula)

Putat gajah (Barringtonia pendula)[2] ialah spesies tumbuhan daripada genus Barringtonia.

Putat gajah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Ericales
Keluarga: Lecythidaceae
Genus: Barringtonia
Spesies:
B. pendula
Nama binomial
Barringtonia pendula
Sinonim[1]
  • Barringtonia musiformis King
  • Barringtonia yunnanensis Hu
  • Careya pendula Griff.
  • Doxomma pendulum (Griff.) Miers

Huraian

sunting

Ia tumbuh menjadi pokok yang mencapai tinggi 47 meter (150 ka), dengan garis pusat batang mencapai 90 sentimeter (35 in). Kulit kayunya perang kemerahan. Buahnya bujur atau musiform (berbentuk pisang), mencapai panjang 15 cm (6 in). Epitet spesifik pendula adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud "bergantungan", merujuk kepada perbungaannya. Habitatnya ialah hutan dipterokarpa dari paras laut hingga ketinggian 1,200 meter (4,000 ka). B. pendula dijumpai di China, Burma, Thailand, Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Borneo.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Barringtonia pendula". The Plant List. Dicapai pada 26 Ogos 2013.
  2. ^ Barringtonia pendula. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/31531. [Didapatkan kembali 2 Julai 2024].
  3. ^ Pinard, Michelle A. (April 2002). "Barringtonia pendula (Griff.) Kurz". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 116–117. ISBN 983-2181-27-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 26 Ogos 2013.