Barok Ukraine (Bahasa Ukraine: Українське бароко), juga dikenali sebagai Barok Kossak (Bahasa Ukraine: Козацьке бароко) atau Barok Mazepa,[1] ialah suatu gaya seni bina yang tersebar luas di bumi Ukraine pada abad ke-17 dan ke-18. Ia merupakan hasil gabungan tradisi seni bina tempatan dan Barok Eropah.

Biara Kubah Emas Santo Mikhail di Kyiv merupakan salah satu daripada contoh lazim bagi seni bina Barok Ukraine.

Sejarah

sunting

Dengan pengaruh dari Eropah Barat, sejak akhir abad ke-16 tanah yang kini menjadi Ukraine berada di bawah pengaruh bentuk kesenian dan seni bina Barok yang sekular (tidak terkait dengan agama), yang mana masih tidak diketahui berjiran dengan Kerajaan Tsar Rusia.[2] Menurut sejarawan Serhii Plokhy, Petro Mohyla, Metropolitan Kyiv dari 1633 hingga 1647, amat genting dalam mebangunkan gaya sebagai sebahagian yang membawa kepada Gereja Ortodoks Ukraine dan menyesuaikan gereja dalam cabaran Reformasi Protestan dan Kebangkitan Katolik.[3] Barok Ukraine mencapai puncaknya semasa Hetman Kossak Ivan Mazepa, dari 1687 hingga 1708. Barok Mazepa ialah sebuah sintesis asli bagi bentuk seni bina Barok Eropah Barat dan tradisi sini bina Barok negara Ukraine.

 
Katedral St. Sofia, Kyiv

Barok Ukraine berbeza dengan Barok Eropah Barat dalam mempunyai hiasan yang lebih bersederhana dan bentuk yang lebih ringkas, dan boleh dianggap lebih konstruktivisme. Banyak bangunan Barok Ukraine dipelihara, termasuk beberapa bangunan di Kyiv Pechersk Lavra dan Biara Vydubychi di Kyiv. Sejarawan Andrew Wilson telah mengenal pasti Gereja Seluruh Santo, Katedral Syafaat, dan Gerbang Triniti di Kyiv Pechersk Lavra ilah contoh terbaik dalam gaya, bersama-sama Biara Kubah Emas Santo Mikhail di Kyiv dan Gereja Katerina di Chernihiv.[4] Bahagian luar Katedral St Sophia di Kyiv juga mengalami pengubahsuaian penting dalam gaya Barok.[5] Contoh lain gaya ini ialah Gereja Santo Elias di Subotiv, di mana Bohdan Khmelnytsky mengebumikan anaknya Tymish pada 1653 selepas kematiannya dalam pertempuran.[6] Gereja ini ada digambarkan pada wang kertas 5.

 
Gereja Triniti Suci

Contoh terbaik lukisan Barok di Ukraine ialah lukisan gereja pada Gereja Tritunggal Suci di Kyiv Pechersk Lavra. Pembangunan pantas dalam kegiatan ukiran berlaku semasa tempoh Barok Ukraine. Pendahuluan menggunakan sistem yang kompleks seperti simbolism, alegori, tanda-tanda lambang kebangsawanan, dan erhiasan mewah. Dari abad ke-17 dan seterusnya, terdapat juga sebuah sastera barok yang sedang dijaga di Ukraine, yang mana ia akan membantu melaksanakan asas sastera sekular Rusia..[7]

Pengaruh

sunting

Sesetengah penampilan Barok Ukraine mempengaruhi gerakan Barok Naryshkin pada abad ke-17 dan ke-18 di Moscow.[8][9] Bangunan gereja Ukraine moden, seperti Katedral Troeshchina, juga dibina dengan gaya ini, tetapi ia bukan Barok Ukraine yang biasa. Unsur-unsur gaya Barok Ukriane adalah kemudiannya menyesuaikan oleh komuniti Ukraine-Kanada semasa mereka membina gereja milik mereka, disesuaikan dengan seni bina gereja dari kay lebih lazim dalam gereja Kanada-Ukraine.[10]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kollmann, Nancy Shields (2017). The Russian Empire 1450-1801 (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 78. ISBN 978-0-19-928051-3.
  2. ^ Wilson, Andrew (2015). The Ukrainians: Unexpected Nation (dalam bahasa English) (ed. 4th). New Haven and London: Yale University Press. m/s. 119. ISBN 978-0-300-21725-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Plokhy, Serhii (2015). The Gates of Europe. New York: Basic Books. m/s. 115. ISBN 978-0-465-07394-8.
  4. ^ Wilson, Andrew (2015). The Ukrainians: Unexpected Nation (dalam bahasa English) (ed. 4th). New Haven and London: Yale University Press. m/s. 142. ISBN 978-0-300-21725-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Plokhy, Serhii (2015). The Gates of Europe. New York: Basic Books. m/s. 116. ISBN 978-0-465-07394-8.
  6. ^ Plokhy, Serhii (2015). The Gates of Europe. New York: Basic Books. m/s. 125. ISBN 978-0-465-07394-8.
  7. ^ Plokhy, Serhii (2015). The Gates of Europe. New York: Basic Books. m/s. 125. ISBN 978-0-465-07394-8.
  8. ^ Власов В. Г. Большой энциклопедический словарь изобразительного искусства В 8т. Нарышкинский стиль
  9. ^ "The Meaning of the Domes in Orthodox Church Architecture". Holy Trinity Orthodox Church (OCA) (dalam bahasa Inggeris). 2014-11-26. Dicapai pada 2019-04-28.
  10. ^ Thomas Kordan, Diana (1988). "Tradition in a New World:Ukrainian-Canadian Churches in Alberta" (PDF). Society for the Study of Architecture in Canada Bulletin. 1 (13): 3. Dicapai pada 27 February 2021.

Pautan luar

sunting

Templat:Seni bina Barok mengikut negara