Bantuan:Pengenalan suntingan dengan teks wiki/2

Menyunting laman
Mengaktifkan mod suntingan

Pemformatan
Jadikan kemas

Pautan dan pautan wiki
Hubungkan sesama laman

Menyimpan perubahan
Terbitkan suntingan

Mencipta rencana baharu
Menulis laman baharu dari kosong

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Kebanyakan rencana sebenarnya memerlukan hanya sedikit pemformatan teks.

Semua pemformatan dapat dibuat dengan menaip simbol di kedua-dua belah teks sasaran. Anda boleh menaip penanda tersebut secara sendiri atau dengan bar peralatan di atas kawasan suntingan.

Judul dan subjudul boleh ditambah dengan mengeklik  Maju, dan kemudiannya Judul  di kiri bar peralatan tambahan yang kini muncul.

Pemilihan "Aras 2" akan memformatkan teks sebagai judul utama, subbahagian laman yang paling lazim digunakan.
"Aras 3" membentuk subjudul bagi judul Aras 2, dan begitu juga seterusnya.
Untuk membentuk judul tanpa bar peralatan, letakkan teks di antara tanda =; bilangan tanda = di kedua-dua belah teks menandakan aras judul:
==Judul== (Aras 2)
===Subjudul=== (Aras 3)

Teks boleh dijadikan tebal atau condong dengan butang A dan A di bar peralatan.
Untuk membentuk teks tebal atau condong tanpa menggunakan bar peralatan, letakkan teks di antara tanda petik tunggal, '; tiga di kedua-dua belah bagi teks tebal, dan dua pula bagi teks condong.
'''tebal'''
''condong''
Subjek rencana sentiasa ditulis dengan teks tebal pada kali pertama ia disebut, tetapi tidak bagi yang seterusnya. Bagi maklumat lanjut tentang penggunaan teks tebal dan condong, lihat Manual Gaya Penulisan bagi pemformatan teks tebal dan condong.