Bantuan:Pengenalan perujukan dengan teks wiki/Semua

Kartun ceramah politik, dengan seseorang dalam khalayak memegang kain rentang bertulis "[Citation needed]" (Rujukan diperlukan)
"Wikipedian protester" oleh Randall Munroe, xkcd. Para Wikipediawan selalu inginkan petikan rujukan bagi fakta!

Satu daripada dasar-dasar utama Wikipedia ialah kesemua kandungan rencan mesti dapat disahkan. Ini bermakna bahawa sumber dipercayai mesti dapat menyokong kandungan disampaikan. Semua petikan, apa-apa bahan dengan pengesahan yang telah atau dapat dicabar, atau kandungan berkontroversi (sama ada negatif, positif atau neutral) tentang orang hidup mesti disertai dengan petikan dalam baris terhadap satu sumber yang mendukung fakta berkenaan secara terus. Ini juga bermakna Wikipedia bukan tempat bagi penyelidikan asli, dapatan arkib yang tidak diterbitkan atau bukti daripada apa-apa sumber yang belum diterbitkan lagi.

Dalam menambah kandungan baharu, anda bertanggungjawab untuk menambah sumber maklumat bersama-samanya. Kandungan tanpa sumber jauh lebih cenderung untuk dipadam daripada sesebuah rencana. Kadangkala, ia akan diteg terlebih dahulu dengan templat "perlu rujukan" untuk memberi peluang kepada para penyunting untuk mencari dan menambah sumber, tetapi lazimnya, para penyunting hanya memadamnya kerana kesahihannya dipersoalkan.

Tutorial ini akan membawa anda cara menambah petikan dalam baris, dan secara ringkas menghuraikan apa yang disifatkan Wikipedia sebagai satu sumber dipercayai.

Petikan dalam baris

sunting

Di dunia yang serba digital masa ini, media digital interaktif memainkan peranan penting dalam cara orang mendekati pelbagai aspek kehidupan peribadi dan profesional mereka. Oleh kerana itu, mempunyai platform digital yang menarik, efisien, dan mudah digunakan menjadi semakin penting bagi mereke dan syarikat yang ingin diperoleh dan dipertahankan)

Pekerja media digital interaktif mungkin berasal dari latar belakang reka bentuk atau komputer. Mereka menggunakan alat digital, media sosial, dan analitik untuk merancang dan melaksanakan projek tertentu – baik itu laman web, permainan video atau aplikasi. Tergantung pada projeknya, mereka mungkin diminta untuk bekerja dengan penyedia lain seperti pereka grafik, pengembang, dan pemrogram sehingga menjadikan pekerjaan yang sangat kolaboratif Pekerja media digital interaktif akan mengetahui Pekerja media digital interaktif akan mengetahui tentang media sosial, teknologi digital, dan analisis web serta mampu menguji dan mengukur keberkesanan usaha mereka.

RefToolbar

sunting

PERINGATAN: Abaikan bahagian ini buat sekarang; Wikipedia bahasa Melayu masih tiada lagi RefToolbar. Ini akan diselesaikan nanti. Buat sekarang, kenali templat-templat rujukan yang tersenarai di bawah terlebih dahulu dengan pergi ke laman-laman templat berkenaan.

 
Video ini memaparkan cara menggunakan RefTools.

Penambahan rujukan secara manual boleh menjadi perlahan dan rumi. Anda bernasib baik; ada satu alat bernama "RefToolbar" yang dipasang dalam tetingkap suntingan Wikipedia, dan ini jadikan penambahan jauh lebih mudah.

Untuk menggunakannya, tekan butang   Cite di atas tetingkap suntingan, ketika anda telah tetapkan ??? selepas ayat atau fakta yang ingin anda dukungknan. Kemudian, pilih satu 'Templat' daripada menu turunan yang paling sesuai berdasarkan jenis rujukan anda. Templat-templat ini ialah:

Suatu tetingkap templat kemudian akan muncul, di mana anda dapat mengisi sebanyak mana maklumat yang anda ada berkenaan rujukan anda, dan memberikan nama khas bagi setiap rujukan dalam ruangan "Ref name". Klik butang "Insert" yang akan menambah teks wiki berkenaan dalam tetingkap suntingan. Kalau anda berkenan, anda juga boleh "Pralihat" macam mana rujukan anda akan terpapar.

Beberapa ruangan (seperti pautan web, juga dikenali sebagai URL) akan ada ikon   di sebelahnya. Selepas mengisi ruangan ini, anda boleh tekan butang itu, dan ruangan lain akan terisi secara automatik! Akan tetapi, ia taklah selalu berkesan setiap kali, jadi semak sekali lagi.

Lazimnya, anda akan menggunakan sumber yang sama untuk mendukung berbilang fakta. Dalam hal ini, anda boleh klik Rujukan bernama    dalam bar alatan itu, dan pilih sumber yang telah ditambah sebelumnya untuk digunakan semula.

Sumber dipercayai

sunting
 

Rencana Wikipedia memerlukan sumber dipercayai dan diterbitkan yang menyokong secara terus maklumat yang terdapat dalam rencana. Kini, anda tahu cara menambah sumber ke dalam rencana, tetapi sumber apa yang patut anda pakai?

"Sumber" dalam Wikipedia ada tiga maksud: bahan karya itu sendiri (cth. dokumen, rencana, penulisan atau buku), pengkarya (cth. penulis), dan penerbit karya (cth. Dewan Bahasa dan Pustaka). Semua faktor ini dapat memberi kesan terhadap kebolehpercayaan sumber.

 

Sumber yang dipercayai merujuk kepada sumber dengan semakan kesahihan dan ketepatan yang baik. Sumber-sumber ini biasanya memiliki proses editorial tegas yang melibatkan semakan karya oleh pelbagai pihak sebelum diterbitkan. Sumber-sumber dengan darjat kebolehpercayaan tertinggi ialah bahan akademik dengan semakan bersama. Sumber-sumber sebegini yang lain termasuk buku teks universiti, buku terbitan syarikat penerbit dengan reputasi baik, majalah, jurnal, dan laporan berita (bukan pendapat) dari akhbar arus perdana.

Media terbitan sendiri, di mana penulis dan penerbit merupakan orang sama lazimnya tidak diterima sebagai sumber. Ini termasuk suratan berita, laman peribadi, sidang media, paten, wiki terbuka, blog peribadi atau kumpulan dan tulisan media sosial. Walau bagaimanapun, jika satu-satu penulis ialah seorang pakar berkelayakan dengan rekod terbitan pihak ketiga dalam satu-satu topik, karya swaterbitan mereka mungkin dapat disifatkan sebagai boleh dipercayai bagi topik tersebut.

Kebolehpercayaan sumber juga bergantung kepada konteks. Bahan yang boleh dipercayai dalam satu hal mungkin tidak boleh digunakan dalam keadaan lain. Sebagai contoh, bahan terbitan sendiri yang biasanya tidak boleh digunakan sebenarnya boleh dipakai bagi menyokong maklumat tak berkontroversi tentang diri mereka. Anda sebaiknya cuba untuk menggunakan bahan yang terbaik, terutamanya ketika menulis tentang orang yang masih hidup.

Ini ialah garis panduan dasar, tetapi perihal sumber dipercayai adalah rumit, dan mustahil untuk dihuraikan secara penuh di sini. Anda boleh melihat Wikipedia:Pengesahan dan Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai bagi maklumat lanjut.


Lihat juga

sunting