Bantuan:Pengenalan imej dengan VisualEditor/5
Pengenalan
Menambah imej ke Wikipedia
Memuat naik imej
Wikimedia Commons
Gunakan imej
Bernilai seribu kata
Sunting butiran
Apakah ini?
Galeri
Set gambar berbilang
Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari

Imej lazimnya diletakkan di pelbagai tempat dalam sesebuah rencana secara individu, berdekatan teks yang berkait dengan imej. Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, sebuah galeri terdiri daripada banyak imej mungkin dibolehkan jika ia mampu menerangkan aspek-aspek suatu subjek lebih baik daripada imej individu.
Anda boleh menyunting galeri-galeri sedia ada dengan mengeklik galeri itu dan menekan ikon galerin yang muncul. Untuk menambah galeri baharu, tekan menu Sisipkan dan pilih "Galeri".

Editor galeri ada dua bahagian, satu untuk menambah imej dan kapsyen, dan satu lagi memaparkan tetapan.
Turutan gambar-gambar dalam galeri dapat disusun dengan meleret gambar di belah kiri, dan boleh ditambah dengan butang "Tambahkan gambar baru" di bawah senarai.
Bahagian tetapan membenarkan anda mengubah suai saiz dan reka letak. Biasanya, tetapan asal sudah memadai.